Nabi Adam a.s
Nabi Adam a.s dan Hawa diturunkan ke bumi
Mendengarkan firman Allah tersebut, Adam dan Hawa menjawab dengan penuh penyesalan, “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah menganiaya diri sendiri. Kalau Tuhan kami tidak mengampunkan dan menyayangi kami nescaya kami termasuk golongan orang yang rugi.”
Akibat peristiwa tersebut, Allah telah memerintahkan Adam dan Hawa untuk keluar daripada syurga dan turun ke bumi. Allah berfirman, “Turunlah kamu, antara kamu dengan sebahagian yang lain akan saling bermusuhan dan di bumi kamu mempunyai tempat tinggal dan kehidupan sampai waktu yang ditentukan.” Allah telah menyuruh Malaikat Mikail dan Malaikat Jibril untuk membawa Adam dan Hawa keluar dari syurga. Lalu Adam dan Hawa pun turun ke bumi dan terpisah. Adam telah turun di satu kawasan di India dan Hawa pula turun di Jeddah. Akan tetapi, dengan izin Allah, Adam dan Hawa telah bertemu semula di Padang Arafah.
Peristiwa Qabil membunuh Habil
Surah Al-Maidah ayat 31:
“Maka Allah mengirim seekor burung gagak yang mencakar-cakar tanah untuk menanam bangkai saudaranya. Qabil berkata: ‘Sungguh, amat celaka aku. Aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak itu untuk menguburkan saudaraku.’ Maka jadilah dia termasuk orang yang menyesal.”
Allah telah menghukum Qabil sejak dia membunuh Habil. Betisnya terikat ke paha dan mukanya sentiasa terdongak menghadap matahari.
Setelah mengetahui perbuatan kejam Qabil ke atas habil, nabi Adam berasa sangat sedih dan terkesan atas peristiwa tersebut, Nabi Adam telah menangisinya selama 40 tahun. Selepas itu, Adam dan Hawa dikurniakan dengan ramai anak dan keturunan yang berkembang biak di pelbagai tempat di muka bumi. Nabi Adam telah berdakwah dan mendidik anak-anaknya dengan keimanan serta menerapkan ketaqwaan kepada Allah.
Nabi Adam telah hidup selama 1000 tahun. Semasa kewafatannya, malaikat datang menguruskan dan menguburkan mayat baginda. Nabi Adam telah disemadikan di kawasan baginda pertama diturunkan dari syurga. Selepas pemergian Adam, anak-anak baginda meneruskan tanggungjawab berdakwah dan mentadbir bumi.
Nabi Idris a.s
Nabi Idris adalah keturunan keenam daripada nabi Adam. Nama baginda ialah Idris bin Mahlail bin Qinan bin Anusy bin Syits bin Adam dan nama sebenarnya ialah Khanaukh. Nabi Idris adalah keturunan nabi Adam yang pertama dilantik menjadi nabi selepas Adam a.s dan Syits a.s. Baginda juga merupakan moyang kepada nabi Nuh a.s. Allah telah menyebut Idris sebagai Nabi dan orang yang benar di dalam surah Maryam ayat 56-57.
“Ceritakanlah (kepada mereka, wahai Muhammad! (kisah)) Idris di dalam al-Quran. Sesungguhnya dia adalah orang yang benar(shiddiq) dan seorang nabi. Kami telah mengangkat (darjatnya) ke tingkatan yang tinggi.”
Semasa kanak-kanak, Idris telah belajar daripada Syits dan baginda telah mendapat banyak ilmu. Setelah dewasa, Allah telah melantik Idris menjadi nabi dan memberikan baginda sebanyak 30 kitab. Setelah menjadi nabi, Idris telah menyeru pengikutnya menyembah Allah dan berbuat kebaikan.
Nabi Idris adalah orang yang pertama menulis menggunakan pen dan memakai baju yang berjahit.Nabi Idris juga memiliki kepakaran menunggang kuda, mengira, ilmu bintang, menggunting dan menjahit pakaian. Baginda juga adalah seorang yang sangat berani dan gagah dalam melaksanakan dakwah dan menentang kejahatan sehingga digelar Asadul Asad iaitu Singa dari segala Singa.
Sepanjang nabi Idris berdakwah, baginda hanya mempunyai pengikut yang sedikit. Ramai orang yang menentang nabi Idris sehingga baginda terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Mesir.
Allah telah menurunkan wahyu kepada baginda dan memberitahunya bahawa Allah mengangkat darjat nabi Idris seperti seluruh amalan anak Adam. Salah satu malaikat pilihan Allah datang menemui Nabi Idris dan mengajak baginda berbincang sehingga amalan nabi Idris bertambah. Kemudian, malaikat tersebut membawa nabi Idris di antara kedua sayapnya naik ke langit. Apabila sampai ke langit keempat, mereka bertemu dengan Izrail. Izrail bertanya di mana nabi Idris. Malaikat yang membawa nabi Idris memberitahu bahawa Idris ada di belakangnya. Kemudian, Izrail memberitahu bahawa nyawa nabi Idris harus dicabut di langit yang keempat dan Izrail terus mencabut roh nabi Idris.
Begitulah kisah nabi Idris yang telah Allah muliakan di dalam firmanNya, “Ingatlah kisah Ismail, Idris dan Zulkifli. Masing-masing tergolong orang yang sabar.”(Al-Anbiya’:85)Nabi Nuh a.s
Nama sebenar Nabi Nuh a.s ialah Nuh bin Lamik bin Matusyalak bin Khanaukh, iaitu Idris a.s. Nabi Nuh adalah keturunan nabi Adam yang kesepuluh dan merupakan rasul yang pertama diutuskan Allah kepada manusia. Nabi Nuh adalah seorang yang bertaqwa, jujur dan memiliki peribadi mulia. Baginda telah diutuskan kepada manusia ketika kerosakan telah meluas di muka bumi dan manusia telah mula menyembah berhala. Allah berfirman kepada Nuh, “Berilah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya.”
Nabi Nuh telah menyeru kaumnya agar menyembah Allah yang satu dan meninggalkan penyembahan berhala yang sia-sia. Baginda berdakwah siang dan malam dengan berbagai cara seperti memberi amaran tentang seksa Allah tanpa mengenal putus asa. "Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: "Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selainNya."" Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat)." Al-A’raf:59)
Malangnya, usaha nabi Nuh tidak berjaya. Hanya beberapa orang daripada golongan miskin dan hina sahaja yang mempercayai baginda. Allah menerangkan di dalam al-Quran, "dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit."(11:40) Kaum nabi Nuh yang selebihnya tetap menyembah berhala dan menentang ajaran nabi Nuh. Mereka sentiasa menyeksa nabi Nuh dan pengikut baginda dan menuduh nabi Nuh membawa ajaran sesat.
Orang-orang kaya dan pembesar kaum nabi Nuh enggan beriman kerana kesombongan mereka. Mereka lebih menyayangi harta-benda dan anak-pinak mereka dan takut kemuliaan mereka akan hilang sekiranya beriman. Setiap kali nabi Nuh menyeru dan mengajak mereka agar menyembah Allah, mereka akan menghina dan menentang nabi Nuh. Kemuncak penentangan mereka berlaku apabila mereka dengan sombong berkata, “Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar. Nuh menjawab: “Hanya Allah yang akan mendatangkan azab itu kepadamu jika Dia menghendaki, dan kamu sekali-kali tidak dapat melepaskan diri.” (11:32-33)
Kaum Nabi Nuh terus menentang dengan pelbagai cara dan telah menyebabkan Nabi Nuh tertekan. Ketika itu, Nabi Nuh menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan baginda berdoa untuk mengadu kepada Allah, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan aku. Maka ambillah suatu keputusan antara aku dan mereka, dan selamatkanlah aku beserta orang-orang mukmin yang menyertaiku.”
Allah telah memakbulkan doa nabi Nuh. Semasa kaum Nuh sedang bercadang untuk bersatu menentang baginda, Allah telah memerintahkan nabi Nuh untuk membina sebuah kapal yang sangat besar. Tidak ada kapal yang akan dapat menandingi saiz kapal itu nanti. Untuk tujuan tersebut, nabi Nuh diperintahkan untuk menanam pokok jati dan menunggunya sehingga 100 tahun untuk membolehkan pokok-pokok tersebut membesar. Allah juga telah mengingatkan nabi Nuh supaya tidak memberitahu kaumnya tentang bala bencana yang akan menimpa mereka. Allah juga mengingatkan nabi Nuh agar menguatkan hati dan tidak berasa belas kasihan ketika umatnya diazab.
Setelah menunggu selama 100 tahun, nabi Nuh menebang pokok-pokok jati yang ditanam dahulu. Kayu daripada pokok-pokok jati tersebut digunakan untuk membina kapal. Semasa nabi Nuh yang dibantu dengan pengikutnya berusaha menyiapkan kapal, mereka sentiasa diejek dan dipermainkan oleh para pembesar kaum kafir yang melalui tempat pembinaan kapal. Namun, nabi Nuh tetap tabah meneruskan pembinaan kapal dan sentiasa berserah kepada Allah.
Akhirnya kapal tersebut pun siap dibina. Apabila tanda-tanda azab Allah semakin hampir, Allah berfirman, “Sehingga apabila telah datang perintah Kami dan tungku-tungku memancarkan air, maka angkutlah segala jenis (binatang) secara berpasangan ke dalam kapal. Begitu juga keluargamu dan orang-orang yang beriman, kecuali orang-orang yang telah ditetapkan kebinasaannya…”(11:40)
Nabi Nuh segera melaksanakan perintah Allah dan memenuhkan kapal tersebut. Apabila baginda bersama-sama penumpang kapal telah selamat berada di dalam kapal, Allah memerintahkan langit untuk menurunkan hujan yang sangat lebat dan memerintahkan bumi agar memancarkan mata air yang banyak. Banjir mulai pasang menjadi seperti lautan luas dengan ombak yang ganas. Seluruh muka bumi termasuk gunung-ganang ditenggelami air. Kapal nabi Nuh berlayar di tengah-tengah lautan yang bergelora dan dipukul oleh ombak-ombak sebesar gunung.
Di dalam keadaan yang kelam-kabut tersebut, nabi Nuh terlihat anaknya yang sedang berusaha menyelamatkan diri di atas puncak sebuah bukit. Nuh berasa sangat kasihan terhadap anaknya dan memanggil anaknya , “Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.”(11:42). Tetapi, anak nabi Nuh tetap berdegil dan dengan sombong menolak, “Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang akan menyelamatkan aku dari banjir ini.” Nuh mengingatkan anaknya bahawa tiada siapa yang akan terselamat dalam banjir itu. Tiba-tiba datang satu ombak besar yang memisahkan nabi Nuh dan anaknya. Akhirnya anak nabi Nuh yang derhaka mati lemas dan binasa bersama orang-orang kafir yang lainnya.
Setelah semua orang yang derhaka dimusnahkan, Allah memerintahkan bumi agar menelan kembali semua air banjir dan mengarahkan langit agar menghentikan hujan. Air banjir beransur surut dan kapal nabi Nuh berlabuh di atas gunung Judiy. Allah memerintahkan agar nabi Nuh turun dari kapal dan memulakan kehidupan yang baru. Nuh dan pengikut baginda telah turun dari kapal tersebut pada 10 Muharam iaitu pada hari Asyura. Peristiwa ini telah menjadi asas kepada kebiasaan masyarakat sekarang yang memasak makanan pada hari Asyura sebagai tanda kesyukuran.
Nabi Ibrahim a.s
Nama sebenar baginda ialah Ibrahim bin Tarikh bin Nahar bin Sarugh. Baginda adalah daripada keturunan nabi Nuh a.s. Ibrahim telah dilahirkan di negeri Babilon. Kemudian, Ibrahim dan keluarganya berpindah dan menetap di Hirran yang terletak di wilayah Caledonia. Pada masa itu, terdapat seorang raja yang memerintah dengan kejam iaitu Raja Namrud dan orang ramai menyembah tujuh bintang dan berhala.
Semenjak kecil, keimanan nabi Ibrahim telah terpelihara. Baginda tidak mempercayai berhala-berhala yang disembah oleh kaumnya. Bagi Ibrahim, berhala-berhala tersebut hanyalah patung yang tidak berakal, tidak dapat melihat, mendengar atau berkata-kata. Berhala-berhala itu adalah ciptaan manusia dan tidak mampu menolong orang-orang yang menyembahnya.
Baginda sentiasa berfikir dan mencari-cari Tuhan yang sebenar. Ibrahim selalu memerhatikan kejadian alam seperti matahari, bulan dan bintang di dalam usahanya mencari Tuhan. Allah berfirman di dalam al-Quran, “Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan bumi, dan (Kami memperlihatkannya) agar Ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin. Ketika malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Inilah Tuhanku.” Tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka kepada yang tenggelam.” Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah Tuhanku.” Tetapi setelah bulan itu terbenam dia berkata: “Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat.” Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar,” maka tatkala matahari itu telah terbenam, dia berkata: “Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.”(6:75-78)
Selepas mendapat hidayah daripada Allah, nabi Ibrahim semakin yakin dengan keimanannya. Baginda mula menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Nabi Ibrahim dengan terang-terangan akan menghina berhala-berhala di depan kaumnya. Pada suatu ketika, nabi Ibrahim bersumpah di dalam hatinya, “Demi Allah! Aku akan bertindak (menghancurkan) berhala-berhala kamu sepeninggalan kamu nanti.”(21:57).
Kaum nabi Ibrahim mempunyai satu hari perayaan di mana pada hari tersebut mereka akan pergi berkumpul beramai-ramai di tengah-tengah kota. Nabi Ibrahim telah merancang untuk memusnahkan berhala kaumnya ketika semua orang telah pergi ke tapak perayaan tersebut. Apabila ayah nabi Ibrahim mengajaknya untuk mengikuti acara tersebut, Ibrahim menolak dan mengatakan bahawa baginda sakit.
Setelah semua orang meninggalkan kampung mereka, Ibrahim telah menyelinap keluar dan menuju ke tempat penyembahan berhala dengan membawa sebilah kapak. Ibrahim mendapati berhala-berhala tersebut disusun di dalam sebuah dewan yang besar. Di tangan berhala-berhala tersebut terdapat berbagai makanan. Ibrahim berkata, “Apakah kamu tidak makan?Kenapa kamu tidak menjawab?Ibrahim segera bertindak menghancurkan berhala-berhala itu dengan tangan kanannya.”(37:91-93). Nabi Ibrahim telah memusnahkan semua berhala di situ dan hanya meninggalkan satu berhala yang paling besar. Kemudian, baginda meletakkan kapak yang digunakannya tadi di tangan berhala tersebut.
Apabila kaum nabi Ibrahim pulang daripada tempat perayaan, mereka berasa sangat terkejut melihat berhala-berhala mereka hancur. Mereka tertanya-tanya siapakah yang berani menghancurkan berhala-berhala tersebut. Kebetulan terdapat beberapa orang yang pernah mendengar nabi Ibrahim menghina berhala. Mereka menuntut agar nabi Ibrahim ditangkap dan dibicarakan di hadapan khalayak ramai. Nabi Ibrahim berasa gembira kerana hajatnya untuk menyampaikan kebenaran di khalayak umum tercapai. Setelah semua orang ramai berkumpul dan Ibrahim di bawa ke hadapan, mereka bertanya, “Ibrahim! Engkaukah yang menghancurkan tuhan-tuhan kami? Ibrahim menjawab, “Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika ia dapat berkata-kata.”(21:62-63)
Jawapan nabi Ibrahim telah membuatkan kaumnya menyedari kelemahan berhala sembahan mereka. Orang-ramai mula resah dan mereka terus berkata, “Engkau telah tahu bahawa patung itu tidak dapat bercakap dan menjawab. Mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?” Ibrahim dengan segera menjawab, “Kalau begitu kenapa kamu menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat dan tidak mendatangkan mudarat sedikitpun bagimu?Ah! Celakalah kamu. Bagaimana kamu menyembah selain Allah, apakah kamu tidak berakal?”(21:66-67)
Jawapan nabi Ibrahim itu telah mebuatkan orang ramai dan para pembesar marah dan terhina. Mereka tidak tahu bagaimana untuk menyangkal hujah nabi Ibrahim. Untuk menutup kelemahan mereka, nabi Ibrahim telah dijatuhkan hukuman dibakar di dalam unggun api. “Mereka berkata, “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhanmu kalau kamu benar-benar ingin bertindak.”(21:68)
Orang-ramai termasuk orang yang sakit pun segera mengumpul sebanyak-banyak kayu api untuk membakar Ibrahim. Kayu api tersebut dikumpulkan di satu tempat dan api pun dinyalakan. Api terus menjulang tinggi dan marak menyala dengan dahsyat. Tidak pernah ada unggun api sebesar itu. Nabi Ibrahim diletakkan di atas pelontar batu dan dilemparkan ke dalam api tersebut. Baginda menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan berdoa agar diselamatkan dari kekejaman kaumnya. Ketika itu Allah berfirman kepada api, “Wahai api! Jadilah kamu sejuk dan berikan keselamatan kepada Ibrahim.” Apabila nabi Ibrahim berada di dalam unggun api tersebut, api telah menjadi sejuk dan baginda terselamat daripadanya.
Selepas terselamat daripada unggun api tersebut, nabi Ibrahim terus berdakwah kepada kaumnya dan termasuk kepada bapa baginda. Bapa nabi Ibrahim ialah seorang pengukir berhala dan nabi Ibrahim ingin mengajak beliau beriman. Malangnya, bapa nabi Ibrahim tetap enggan beriman kepada Allah. Nabi Ibrahim tidak berputus asa dalam usaha dakwahnya dan terus menyeru semua orang untuk menyembah Allah yang satu. Pada suatu hari, nabi Ibrahim telah dipanggil untuk berdebat dengan Raja Namrud. Raja Namrud adalah seorang raja zalim yang sangat berkuasa sehingga dia mengaku sebagai tuhan.
Nabi Ibrahim telah berdialog dengan Raja Namrud. Raja Namrud sering menyangkal kenyataan Ibrahim mengenai Allah dan mengatakan dia juga boleh melakukan segala perkara yang dilakukan oleh Tuhan nabi Ibrahim. Apabila Ibrahim berkata, “Tuhanku boleh menghidupkan dan mematikan,” Raja Namrud dengan sombong menjawab, ‘Aku juga dapat menghidupkan dan mematikan.” Sebenarnya makna kata-kata Namrud hanyalah kemampuannya menentukan siapa yang hendak dibunuhnya ketika menjatuhkan hukuman mati ke atas dua orang rakyatnya. Seorang dibunuh dan yang seorang lagi dibebaskan. Pada kemuncak perdebatan, Raja Namrud kehilangan kata-kata apabila nabi Ibrahim menyatakan, “Allah menerbitkan matahari dari arah timur. Cuba kamu ubah dan terbitkan ia dari barat.” Walau bagaimanapun, Raja Namrud tetap dengan keangkuhannya dan enggan beriman. Sebagai balasan Allah, Raja Namrud dan pengikutnya telah diazab dengan sepasukan nyamuk yang menghisap habis darah dan daging mereka. Raja Namrud pula diseksa dengan seekor nyamuk yang masuk ke dalam hidungnya selama 40 tahun. Sepanjang tempoh itu Raja Namrud akan memukul-mukul kepalanya dengan tongkat sehingga dia mati dalam keadaan terseksa.
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim telah memohon kepada Allah agar menunjukkan bagaimana Allah mematikan dan menghidupkan hamba-hambaNya. Nabi Ibrahim sememangnya tidak meragui kebesaran Allah, tetapi baginda berharap agar dapat mententeramkan hati dan mengukuhkan lagi keimanannya.Allah telah memperkenankan doa Ibrahim dan berfirman, “Ambillah empat ekor burung, lalu cingcanglah semuanya olehmu. Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera.” Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah tersebut dan menyaksikan sendiri kebesaran Allah apabila burung-burung yang telah dicincang tersebut datang berterbangan dan bercantum kembali.
Nabi Ibrahim telah berkahwin dengan seorang wanita yang rupawan bernama Sarah. Oleh kerana keselamatan nabi Ibrahim tidak terjamin, mereka sekeluarga berhijrah ke Syam. Kemudian, nabi Ibrahim dan isteri baginda pergi ke Mesir. Raja Mesir ketika itu telah mendengar berita tentang kehadiran Sarah yang sangat cantik di negaranya. Baginda segera memerintahkan agar nabi Ibrahim dan Sarah dibawa mengadap di hadapannya. Setelah nabi Ibrahim dan Sarah dibawa mengadap, Raja Mesir segera bertanya kepada Ibrahim, “Siapakah perempuan itu?” Ibrahim menjawab, “Saudaraku.” Saudara yang dimaksudkan oleh nabi Ibrahim adalah saudara seagamanya. Nabi Ibrahim tidak menyatakan bahawa Sarah adalah isterinya untuk menjaga keselamatan mereka berdua. Selepas itu, Sarah diperintah untuk tinggal di istana. Tetapi, hasil keberanian dan ketegasan Sarah, Raja Mesir telah membenarkan Sarah kembali ke pangkuan Ibrahim. Sarah juga telah dihadiahkan seorang hamba wanita yang bernama Hajar.
Setelah lama hidup bersama, nabi Ibrahim masih belum mendapat cahaya mata. Sarah kemudiannya membenarkan nabi Ibrahim untuk mengahwini Hajar. Hasil dari perkahwinan tersebut, Hajar telah melahirkan Ismail. Dengan izin Allah, Sarah juga telah berjaya melahirkan seorang anak yang dinamakan Ishak tidak lama selepas itu.
Nabi Ibrahim telah hidup selama 200 tahun. Baginda adalah merupakan orang yang pertama berkhitan(bersunat), menerima tetamu dan memiliki uban. Semasa wafat, nabi Ibrahim dan Ishak hadir di majlis pengebumian baginda. Jasad nabi Ibrahim dikebumikan bersebelahan dengan makam iserinya, Sarah di Murbi’ah.
Kisah Nabi Ismail a.s.
Nabi Ibrahim yang berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin. Ia telah membawa pindah juga semua binatang ternakannya dan harta miliknya yang telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir. Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:
- "Pertama-tama yang menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan untuk menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yang telah lama berkumpul dengan Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. Tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorang isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar kerana merasa sangat gembira dengan puteranya yang tunggal dan pertama itu, hal ini yang menyebabkan permulaan ada keratakan dalam rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di lain tempat."
Untuk sesuatu hikmah yang belum diketahui dan disadari oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t. mewahyukan kepadanya agar keinginan dan permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan dijauhkanlah Ismail bersama Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju dan di mana Ismail puteranya bersama ibunya akan ditempatkan dan kepada siapa akan ditinggalkan.
Maka dengan tawakkal kepada Allah berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yang diboncengkan di atas untanya tanpa tempat tujuan yang tertentu. Ia hanya berserah diri kepada Allah yang akan memberi arah kepada binatang tunggangannya. Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dengan tiga hamba Allah yang berada di atas punggungnya keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik matahari dengan pedihnya menyengat tubuh dan angin yang kencang menghembur-hamburkan debu-debu pasir.
[sunting]Ismail dan ibunya Hajar ditinggalkan di Makkah
Setelah berminggu-minggu berada dalam perjalanan jauh yang memenatkan, tibalah pada akhirnya Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya di Makkah kota suci dimana Kaabahdidirikan dan menjadi kiblat manusia dari seluruh dunia. Di tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim mengakhiri perjalanannya dan di situlah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering. Alangkah sedih dan cemasnya Hajar ketika akan ditinggalkan oleh Ibrahim seorang diri bersama dengan anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi senyap dari segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya merintih dan menangis, memegang kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas kasihnya, janganlah ia ditinggalkan seorang diri di tempat yang kosong itu, tiada seorang manusia, tiada seekor binatang, tiada pohon dan tidak terlihat pula air mengalir, sedangkan ia masih menanggung beban mengasuh anak yang kecil yang masih menyusu. Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah Hajar merasa tidak tergamak meninggalkannya seorang diri di tempat itu bersama puteranya yang sangat disayangi akan tetapi ia sedar bahwa apa yang dilakukan nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yang tentu mengandungi hikmat yang masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa Allah akan melindungi Ismail dan ibunya dalam tempat pengasingan itu dan segala kesukaran dan penderitaan. Ia berkata kepada Hajar:
- "Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."
Mendengar kata-kata Ibrahim itu segeralah Hajar melepaskan genggamannya pada baju Ibrahim dan dilepaskannyalah beliau menunggang untanya kembali ke Palestin dengan iringan air mata yang bercurahan membasahi tubuh Ismail yang sedang menetak. Sedang Nabi Ibrahim pun tidak dapat menahan air matanya keetika ia turun dari dataran tinggi meninggalkan Makkah menuju kembali ke Palestin di mana isterinya Sarah dengan puteranya yang kedua Ishak sedang menanti. Ia tidak henti-henti selama dalam perjalanan kembali memohon kepada Allah perlindungan, rahmat dan barakah serta kurniaan rezeki bagi putera dan ibunya yang ditinggalkan di tempat terasing itu. Ia berkata dalam doanya:" Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak-anak keturunannya di dekat rumah-Mu (Baitullahil Haram) di lembah yang sunyi dari tanaman dan manusia agar mereka mendirikan solat dan beribadat kepada-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan yang lazat, mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."
[sunting]Mata air Zamzam
Sepeninggal Nabi Ibrahim tinggallah Hajar dan puteranya di tempat yang terpencil dan sunyi itu. Ia harus menerima nasib yang telah ditakdirkan oleh Allah atas dirinya dengan kesabaran dan keyakinan penuh akan perlindungan-Nya. Bekalan makanan dan minuman yang dibawanya dalam perjalanan pada akhirnya habis dimakan selama beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim. Maka mulailah terasa oleh Hajar beratnya beban hidup yang harus ditanggungnya sendiri tanpa bantuan suaminya. Ia masih harus meneteki anaknya, namun air teteknya makin lama makin mengering disebabkan kekurangan makan. Anak yang tidak dapat minuman yang memuaskan dari tetek ibunya mulai menjadi cerewet dan tidak henti-hentinya menangis. Ibunya menjadi panik, bingung dan cemas mendengar tangisan anaknya yang sgt menyayat hati itu. Ia menoleh ke kanan dan ke kiri serta lari ke sana ke sini mencari sesuap makanan atau seteguk air yang dapat meringankan kelaparannya dan meredakan tangisan anaknya, namun sia-sialah usahanya. Ia pergi berlari harwalah menuju bukit Shafa kalau-kalau ia boleh mendapatkan sesuatu yang dapat menolongnya tetapi hanya batu dan pasir yang didapatnya disitu, kemudian dari bukit Shafa ia melihat bayangan air yang mengalir di atas bukit Marwah dan larilah ia berharwahlah ke tempat itu namun ternyata bahawa yang disangkanya air adalha fatamorangana {bayangan} belaka dan kembalilah ke bukit Shafa karena mendengar seakan-akan ada suara yang memanggilnya tetapi gagal dan melesetlah dugaannya. Demikianlah maka kerana dorongan hajat hidupnya dan hidup anaknya yang sangat disayangi, Hajar mundar-mundir berlari sampai tujuh kali antara bukit Shafa dan Marwah yang pada akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir berputus asa.
Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya datanglah kepadanya malaikat Jibril bertanya: "Siapakah sebenarnya engkau ini?" "Aku adalah hamba sahaya Ibrahim", jawab Hajar. "Kepada siapa engkau dititipkan di sini?" tanya Jibril. "Hanya kepada Allah",jawab Hajar. Lalu berkata Jibril: "Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Dzat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepada-Nya."
Kemudian diajaklah Hajar mengikutinya pergi ke suatu tempat di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan kuasa Allah. Itulah dia mata air Zamzam yang sehingga kini dianggap keramat oleh jemaah haji, berdesakan sekelilingnya bagi mendapatkan setitik atau seteguk air daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu disebut orang "Injakan Jibril".
Alangkah gembiranya dan lega dada Hajar melihat air yang mancur itu. Segera ia membasahi bibir puteranya dengan air keramat itu dan segera pula terlihat wajah puteranya segar kembali, demikian pula wajah si ibu yang merasa sangat bahagia dengan datangnya mukjizat dari sisi Tuhan yang mengembalikan kesegaran hidup kepadanya dan kepada puteranya sesudah dibayang-bayangi oleh bayangan mati kelaparan yang mencekam dada.
Mancurnya air Zamzam telah menarik burung-burung berterbangan mengelilingi daerah itu menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah. Mereka mengetahui dari pengalaman bahawa di mana ada terlihat burung di udara, nescaya dibawanya terdapat air, maka diutuslah oleh mereka beberapa orang untuk memeriksa kebenaran teori ini. Para pemeriksa itu pergi mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa berita gembira kepada kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar bersama puteranya. Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam, di mana kedatangan mereka disambut dengan gembira oleh Hajar kerana adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran yang akan menghilangkan kesunyian dan kesepian yang selama ini dirasakan di dalam hidupnya berduaan dengan puteranya saja.
Hajar bersyukur kepada Allah yang dengan rahmatnya telah membuka hati orang-orang itu cenderung datang meramaikan dan memecahkan kesunyian lembah di mana ia ditinggalkan sendirian oleh Ibrahim.
[sunting]Ismail Bantu Bapa Bina Kaabah
Nabi Ismail dibesarkan di Makkah (pekarangan Kaabah). Apabila dewasa beliau berkahwin dengan wanita daripada puak Jurhum. Walaupun tinggal di Makkah, Ismail sering dikunjungi bapanya.
Pada satu ketika, bapanya menerima wahyu daripada Allah supaya membina Kaabah. Perkara itu disampaikan kepada anaknya. Ismail berkata: “Kerjakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu kepadamu dan aku akan membantumu dalam pekerjaan mulia itu.”Ketika membina Kaabah, Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: “Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku letakkan di satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia.”Kemudian Jibril memberi ilham kepada Ismail supaya mencari batu hitam untuk diserahkan kepada Nabi Ibrahim.Setiap kali bangun, mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”Bangunan (Kaabah) itu menjadi tinggi dan Ibrahim makin lemah untuk mengangkat batu. Dia berdiri di satu sudut, kini dikenali Makam Ibrahim.
Nabi Ibrahim sering berulang-alik mengunjungi anaknya. Pada satu hari, beliau tiba di Makkah dan mengunjungi rumah anaknya.Bagaimanapun, Ismail tiada di rumah ketika itu melainkan isterinya. Isteri Ismail tidak mengenali orang tua itu adalah bapa Ismail.Apabila Nabi Ibrahim bertanya isteri Nabi Ismail mengenai suaminya itu, beliau diberitahu anaknya keluar berburu. Seterusnya Nabi Ibrahim bertanya keadaan mereka berdua. Isterinya berkata: “Kami berada dalam kesempitan.”Nabi Ibrahim berkata: “Apakah kamu mempunyai jamuan, makanan dan minuman?“ Dijawab isteri Ismail: “Aku tidak mempunyainya, malah apa pun tiada.”Kelakukan isteri Nabi Ismail itu tidak manis dipandang Nabi Ibrahim kerana kelihatan tidak reda dengan pemberian Allah dan jemu untuk hidup bersama suaminya. Malah, dia kelihatan bersifat kedekut kerana tidak mengalu-alukan kedatangan tetamu.Akhirnya Nabi Ibrahim berkata kepada isteri anaknya: “Jika suamimu kembali, sampaikanlah salamku kepadanya dan katakan kepadanya supaya dia menggantikan pintunya.”
Selepas itu Nabi Ibrahim beredar dari situ. Sejurus kemudian, Nabi Ismail pulang ke rumah dengan hati gembira kerana dia menganggap tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang ketiadaannya di rumah. Nabi Ismail bertanya isterinya: “Apakah ada orang datang menemui kamu?“Isterinya berkata: “Ya, ada orang tua kunjungi kita.” Ismail berkata: “Apakah dia mewasiatkan sesuatu kepadamu?“ Isterinya berkata: “Ya, dia menyuruhku menyampaikan salam kepadamu dan memintaku mengatakan kepadamu supaya menggantikan pintumu.”Ismail berkata: “Dia adalah bapaku. Sesungguhnya dia menyuruhku supaya menceraikanmu, maka kembalilah kepada keluargamu.”Selepas menceraikan isterinya, Nabi Ismail berkahwin lain, kali ini dengan seorang lagi wanita daripada kaum Jurhum. Isteri baru itu mendapat keredaan bapanya kerana pandai menghormati tetamu, tidak menceritakan perkara yang menjatuhkan maruah suami dan bersyukur dengan nikmat Allah. Ismail hidup bersama isteri barunya itu hingga melahirkan beberapa anak.
Nabi Ismail mempunyai 12 anak lelaki dan seorang anak perempuan yang dikahwinkan dengan anak saudaranya, iaitu Al-’Ish bin Ishak. Daripada keturunan Nabi Ismail lahir Nabi Muhammad s.a.w. Keturunan Nabi Ismail juga mewujudkan bangsa Arab Musta’ribah.
[sunting]Nabi Ismail sebagai Qurban
Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum.
Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.
Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.
Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya". Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.
Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:
- "Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."
Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: "Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah".
Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.
Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan perkorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. "Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.
Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan". Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor Qibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap Hari Raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.
NABI LUT |
Ketika Nabi Ibrahim meninggalkan Mesir, menuju Palestin, turut serta pula anak saudaranya, iaitu Nabi Lut. Tetapi tak lama kemudian, desakan penghidupan memaksa kedua dua Nabi ini berpisah. Nabi Lut lalu menetap di sebuah dusun yang bernama Sadum, di kawasan Palestin juga. Adapun penduduk kampung itu luarbiasa nakal dan rosak perangainya. Mereka berlumba lumba mengerjakan kejahatan, segala rupa kejahatan: merompak, membunuh teman sendiri, menganiaya sesama manusia, sehingga tidak seorang pun dari orang lain yang dapat lalu di situ, melainkan dirompak mereka. Salah satu kemesuman yang paling busuk yang menjadi adat dan kebiasaan hidup mereka, ialah bahawa suka mengerjakan pekerjaan yang hina dina, iaitu melepaskan syahwat terhadap orang lelaki, sedangkan terhadap perempuan tidak ada sedikitpun menarik hati dan kegemaran mereka. Bertentangan dengan tabii alam yang biasa, dimana kaum lelaki dengan segala kepandaian dan kekuatan memrebutkan perempuan cantik untuk dijadikan isteri, tetapi mereka ini tidaklah tertarik sedikit juga hatinya terhadap kaum wanita yang bagaimanapun juga cantik dan moleknya, Yang mereka rebutkan, sampai dengan menghabiskan harta dan menumpahkan darah, ialah orang orang lelaki sendiri lebih lagi pemuda pemuda yang gagah dan cantik, untuk dijadikan teman hidup dan pelepas hawa nafsu mereka. Jika ada pemuda yang lalu ke kampung mereka, pasti pemuda itu mereka goda dan diperebutkan, kadang kadang sampai dengan menumpahkan darah, antara satu sama yang lain. Dapatlah digambarkan, bagaimana buruk dan celakanya nasib wanita di saat itu. Tidak ada orang suka kepada mereka, tidak ada yang menghiraukan. Mereka terpaksa mengerjakan hal hal yang tak layak pula dengan sesama wanita sendiri untuk sekadar menghilangkan nafsu berahi mereka sebagai wanita. Kerusakan masyarakat sungguh hebat dan merata di seluruh pelusuk dan lapisan. Demikianlah hidup mereka puluhan tahun lamanya. Kejahatan dan kemesuman itu bukan semakin berkurang, sebab tidak seorang juga di antara mereka yang mahu menurutkan nasihat orang lain. Bahkan kejahatan dan kemesuman itu semakin menjadi jadi, sehingga keluar dari batas perikemanusiaan samasekali. Terhadap kaum yang begitu itulah, akhirnya Allah menurunkan perintah kepada Nabi Lut dengan perantaraan wahyuNya. Perintah untuk membimbing kaum yang sesat kepada menyembah Allah, menjauhi segala kejahatan dan kemesuman, menghentikan semua kemungkaran yang sudah menjadi tabiat dan adat mereka itu. Tetapi, semua ajaran dan peringatan Nabi Lut itu tidak dapat masuk dalam telinga dan hati mereka. Kejahatan dan kemesuman mereka lakukan terus, bahkan semakin hebat dan hebat juga. Nabi Lut dengan tabah tak bosan bosannya memberikan nasihat nasihat dan pengajaran kepada mereka, diingati dengan ancaman azab Allah. Tetapi semua itu mereka permudahkan malah mereka ejek saja. |
Akhirnya Nabi Lut mendoa ke hadhrat Allah, minta agar kaumnya yang sesat itu ditunjuki. Dan kalau sudah nyata nyata tidak akan dapat ditunjuki dan diajari samasekali lagi, Nabi Lut minta agar kepada mereka diturunkan ajaran yang tidak berupakan nasihat dan kata kata saja, tetapi dikirimkan azab yang sengeri ngerinya, agar dengan azab itu mereka insaf kembali atau musnah samasekali. Sebab tidak ada gunanya hidup mereka di muka bumi ini, selain dari menambah kerusakan dan kejahatan saja.
Doa Nabi Lut ini didengar dan dikabulkan Tuhan. Tuhan mengutus beberapa Malaikat untuk menurunkan seksa terhadap kaumnya Nabi Lut yang derhaka dan tak mahu ditunjuki itu. Malaikat malaikat itu mula mulanya turun dan singgah di rumahnya Nabi Ibrahim dengan berbentuk manusia. Mula mula Nabi Ibrahim mengira yang Malaikat malaikat itu manusia biasa yang bertamu ke rumahnya. Mereka diperlakukan Nabi Ibrahim sebagai tamu. Tetapi Malaikat malaikat itu menerangkan yang bahwa mereka adalah Malaikat yang diutus Allah ke kampung Nabi Lut, untuk menurunkan seksa yang sehebat hebatnya terhadap mereka yang engkar itu.
Alangkah terperanjat Nabi Ibrahim mendengarkan seksa yang akan datang itu, dan meminta kepada Malaikat malaikat itu untuk menunda datangnya seksa itu, dengan harapan mudah mudahan mereka kembali dari kejahatan mereka.
Tetapi dengan tegas dijawab oleh Malaikat malaikat yang datang itu, bahawa kepada mereka sudah dikirim Nabi Lut untuk mengembalikan mereka dari kesesatannya. Sayang mereka tidak mendengarkan ajakan Nabi Lut itu, sehingga semua usaha dan daya sudah dipandang cukup. Dan ditegaskan pula bahwa Nabi Lut serta orang orang yang percaya akan terlepas dari seksa itu. Sedang isteri Nabi Lut sendiri pun akan turut pula merasakan seksa hebat itu, karena dia termasuk orang orang yang engkar dan tidak menurutkan kebenaran Nabi Lut. Malaikat malaikat itupun meninggalkan rumah Nabi Ibrahim, pergi menuju ke desa Sadum yang derhaka itu dengan berbentuk manusia yang masih muda belia dengan wajah yang cantik molek dan menarik. Di tengah jalan Malaikat malaikat itu bertemu dengan seorang anak perempuan yang sedang mengambil air minum. Kepada anak perempuan itu, Malaikat malaikat itu minta supaya diperlakukan sebagai tetamu di rumahnya. Oleh anak perempuan itu diterangkan akan tabiat penduduk kampungnya sendiri yang penuh dengan kejahatan, lebih lebih kalau melihat dan mengetahui akan lelaki yang berwajah cantik, pasti timbul perkosaan dan pencemaran dengan segala cara yang mesum mesum. Maka sebelum menerima permintaan tetamu yang terdiri dari dua orang pemuda yang cantik molek, anak perempuan ini minta izin lebih dahulu kepada tetamunya untuk memberitahukan dan bermusyawarah dengan bapanya. Anak perempuan itupun pulang ke rumahnya memberitahukan kepada bapanya dengan berkata: Ya bapaku, di sana di pintu masuk ke kota ini, ada dua orang lelaki, yang belum pernah saya lihat penduduk kampung kita ini sebaik dan secantik kedua mereka itu. Keduanya ingin bermalam di rumah kita. Tetapi saya takut kalau diketahui oleh penduduk kampung kita ini, beradanya mereka di tempat kita ini. Bapa ini adalah Nabi Lut sendiri, sedang anak perempuan itu adalah anaknya Nabi Lut. Alangkah terkejutnya Nabi Lut mendengar khabar ini. Setelah bertanyakan akan keadaan kedua orang itu, Nabi Lut memberikan nasihat kepada anaknya bagaimana cara caranya agar tetamu itu tidak sampai diketahui oleh penduduk kampungnya. | |
Mula mula Nabi Lut agak keberatan menerima kedua pemuda itu menjadi tetamu di rumahnya sendiri, takut kalau-kalau diketahui rakyat dan pasti akan mendatangkan kecelakaan besar bagi tamu dan dirinya sendiri. Tetapi kerana rasa perikemanusiaan, dia tidak sampai hati untuk menolak tetamu yang ingin menumpang dan bermalam di rumahnya.
Akhirnya Nabi Lut dengan diam diam dan sembunyi sembunyi agar jangan dilihat orang, ingin berjumpa sendiri dengan kedua pemuda yang bertamu itu.
Setelah bertemu, lalu Nabi Lut menasihatkan supaya kedua pemuda itu berhati hati sekali, jangan diketahui orang dan jangan sampai menumpang di rumah orang lain di desa itu, agar jangan diperkosa dan menjadi mangsa nafsu dan kemesuman mereka. Nabi Lut bersedia membawa mereka bermalam dan menjadi tetamu di rumahnya sendiri, tetapi harus berhati hari benar.
Dengan rasa khuatir dan waswas yang memuncak, tetamu itupun dibawanya pulang dengan diam diam dan sembunyi sembunyi. Tetapi malang baginya, dalam pada itu isteri Nabi Lut sendiri, telah mengetahui akan kejadian ini dan telah menyiarkan kedatangan tetamu itu kepada penduduk kampungnya.
Alangkah terkejutnya Nabi Lut, setelah dia dan tetamu itu sampai di rumahnya sendiri, penduduk kampungnya sudah berkerumun mengepung rumahnya, ingin mendapatkan lelaki yang cantik yang menjadi tamu Nabi Lut itu untuk pelepas nafsu mereka sebagai yang diterangkan di atas tadi.
Tidak ada lain bagi Nabi Lut untuk menghindarkan kemesuman yang akan terjadi, selain memberi nasihat kepada mereka sekali lagi, agar mereka kembali ke jalan yang henar, meninggalkan pekerjaan yang keji dan mesum itu serta takut kepada seksaan Allah yang mungkin datang.
Semua nasihat Nabi Lut itu hanya melayang di udara, tidak satu pun yang dapat masuk dalam telinga dan otak mereka. Malah di saat Nabi Lut memberi nasihat itupun sebahagian mereka sudah bersiap untuk menyerbu merebutkan dua pemuda yang menjadi tetamu Nabi Lut itu. Melihat keadaan yang genting itu, Nabi Lut dengan segera menutup pintu rumahnya, serta menguncinya dari dalam, agar tidak seorang pun dari mereka itu yang dapat masuk ke dalamnya.
Kembali Nabi Lut menasihati mereka melalui sebuah jendela, agar mereka penduduk yang sesat itu kembali kepada isteri mereka masing masing, yang sudah diajarkan halal bagi mereka. Membuang adat yang kotor itu sejauh jauhnya, dan memperingatkan, bahawa kalau mereka tak menurutkan nasihatnya akan datang seksa Tuhan yang sehebat hebatnya.
Nasihat Nabi Lut ini mereka jawab dengan berkata: Hai Lut, kami tidak tertarik kepada anak anak perempuan engkau, kami tidak hendak dan tak ingin terhadap perempuan, engkau sudah tahu apa apa yang kami ingini itu.
Nafsu mereka sudah tiba di puncak matahari dan perasaan mereka sudah tertutup oleh nafsu yang memuncak itu, sehingga nasihat yang bagaimana juga pun hebatnya tidak akan terdengar lagi oleh telinga mereka, tidak akan diterima lagi oleh akal mereka. Mereka semakin mendesak memaksa masuk ke rumah Nabi Lut. Mereka masuk lantas menyerbu terhadap tetamu yang dua orang itu, berebutan sebagai binatang buas.
Melihat hal yang demikian itu, kedua orang tetamu itu, iaitu Malaikat malaikat yang diutus Tuhan itupun berkata kepada Nabi Lut: Hai Lut, janganlah khuatir benar, kami ini Malaikat yang diutus Allah untuk mengabulkan doa engkau dan melepaskan engkau dari bahaya besar ini, mereka tidak dapat berbuat apa apa terhadap engkau dan kami, mereka malah akan dapat dihancurkan. Barulah hilang ketakutan dan kekhuatiran Nabi Lut. Dengan sekejap mata, Nabi Lut, anak perempuannya, dua Malaikat itu sendiri beserta orang orang yang beriman dengan Lut, dapat meloloskan diri dari kepungan kaum derhaka itu. Nabi Lut dan pengikut pengikutnya diperintahkan Malaikat itu untuk meninggalkan desa yang keparat itu, dan tidak dibolehkan membawa isterinya sendiri, karena isterinya termasuk mereka yang akan menerima seksa. Seperginya Nabi Lut dan sahabat sahabatnya, maka turunlah seksa Tuhan atas desa dan penduduk desa itu. Mula mula sekali bergoncanglah bumi dengan sehebat hebatnya, sehingga runtuh segala gubuk dan gunung, segala gedung gedung dan rumah rumah. lalu turun hujan batu yang sehebat hebatnya. Sehingga dalam sekejap mata saja, datarlah kampung itu dan lenyaplah semua penduduk yang jahat, engkar dan derhaka itu.
Firman Allah: Kejadian itu adalah satu ayat Allah, tetapi banyak orang yang tidak percaya.
Sungguh hebat dan mengerikan sekali siksa Tuhan yang ditimpakan kepada kaum Lut, kerana kejahatan yang mereka lakukan adalah puncak segala kejahatan, iaitu yang dinamai kemesuman, bahkan puncak dari segala perbuatan mesum. Pembunuhan, perzinaan, perompakan semuanya itu adalah perbuatan mesum, perbuatan yang menjatuhkan darjat manusia. Tetapi melepaskan nafsu berahi (sexual) antara sesama lelaki atau sesama wanita, adalah lebih mesum dari semua kemesuman kemesuman yang tersebut di atas ini. Binatang pun tak pernah melakukan kemesuman semacam ini.
Bagaimanakah jadinya masyarakat manusia kalau kemesuman seperti itu bermaharajalela dan merata? Akibatnya ialah terhentinya keturunan, manusia akan lenyap dari permukaan bumi. Bumi akan kosong dari makhluk yang bernama manusia. Bumi akan didiami hanya oleh binatang binatang lata.
Ya, sampai demikianlah jahatnya manusia berakal kalau dibiarkan, kalau tak mahu menurutkan pimpinan Allah dengan perantaraan para Nabi dan RasulNya. Manusia akan kehilangan rasa malu, bila meninggalkan pimpinan Allah dan RasulNya. Tanpa perasaan malu, manusia akan menjadi lebib rendah daripada binatang yang tak punya akal.
Nabi Lut beserta kedua orang puterinya beserta orang orang yang beriman dengannya dihindarkan Allah dari seksa hebat itu, kerana mereka orang orang beiman. Tetapi isteri Nabi Lut turut musnah kerana dia termasuk golongan orang orang yang kafir itu.
Tetapi sayang, dalam Bible Perjanjian Lama, Kitab Kejadian 19, ayat 30 sampai 38, dicantumkan cerita yang sangat menodai akan kesucian Nabi Lut dan kedua orang puterinya. Tercantum disitu, bahwa kerana semua lelaki sudah musnah, sedang puteri itu menginginkan turunan yang baik, lalu kedua puteri itu bersepakat untuk memberikan minuman tuak yang memabukkan kepada Nabi Lut, agar Nabi Lut menjadi mabuk (hilang akal atau kesedarannya). Di saat Nabi Lut kehilangan kesedaran itu, lalu kedua puterinya itu mengajak bapanya sendiri iaitu Nabi Lut untuk bersetubuh (Nauzu Billah), agar mendapatkan keturunan dari bapanya sendiri.
Alangkah kotor dan mesumnya cerita yang demikian ini, tertulis dalam sebuah kitab yang mereka anggap suci. Nabi Muhammad diutus membawa Kitab Suci al-Quran di antara lain adalah untuk membersihkan nama dari setiap Nabi dan Rasul Allah, termasuk Nabi Lut dan kedua puterinya itu.
Firman Allah dalam al-Quran: Sesungguhnya Lut adalah seorang dari orang orang yang diutus. Ertinya salah seorang Rasul dari Rasul rasul Allah yang suci dan murni. Tidaklah mungkin seorang Rasul Allah akan minum tuak yang haram dan terlarang, akan mabuk hilang akal dan kesedaran, apalagi akan berbuat mesum dengan puterinya sendiri. Sungguh satu tuduhan palsu yang sangat maksum. Umat Islam wajib membela nama dan kesucian Nabi.
Kisah Nabi Yusuf
Ibrahim AS, adalah bapak para Nabi. Ibrahim berputra tiga orang, 2 diantaranya adalah nabi, yaitu nabi Ismail AS (Siti Hajar) dan nabi Ishaq AS (Siti Sarah). Nabi Ismail menurunkan Nabi Muhammad SAW beberapa generasi selanjutnya.
Nabi Ishaq mempunyai 2 orang anak, yaitu Isu dan Ya’qub AS.
Nabi Ya’qub (Israil) – keturunannya disebut Bani Israil. Punya 12 anak yang membentuk 12 suku Bani Israil. Salah seorang diantaranya adalah Nabi Yusuf AS.
Suku Bani Israil ini menurunkan banyak nabi: Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Ilyas AS, Nabi Ilyasa AS, Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Yunus AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS.
Nabi Yusuf hidup kira-kira pada tahun 1700 S.M atau 3700 tahun yang lalu.
Surat ini dimulai dengan cerita mimpi Nabi Yusuf semasa dia kanak-kanak. Mimpi itu diceritakannya kepada ayahnya Yaakub, yang juga menjadi seorang Nabi.
“Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya” (12:4).
Setelah mendengar cerita Yusuf, ayahnya melarang mimpi itu daripada diceritakan kepada saudara-saudaranya (12 bersaudara). Dia juga memberi tahu Yusuf bahawa Tuhan telah memilihnya dan mengajarnya interpretasi mimpi.
Abang-abangnya tidak suka padanya Karena mereka mengira Yusuf dan adiknya (Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah mereka daripada mereka. Lalu mereka bercadang untuk membunuh atau membuang Yusuf ke tempat lain, lalu mereka berjanji akan menjadi orang Shaleh (bertaubat). Akan tetapi,
“Seorang daripada mereka berkata, ‘Tidak, janganlah membunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar sumur, dan supaya dipungut oleh sebagian orang-orang yang lalu (pengembara), jika kamu mau melakukan’” (12:10).
Setelah menetapkan rencana itu mereka pergi kepada ayah mereka (Nabi Ya’qub), meminta ijin dari ayah mereka, supaya Yusuf dapat pergi bersama mereka untuk bersenang-senang dan bermain pada keesokan hari.
Pada mulanya ayah mereka keberatan untuk membolehkan Yusuf pergi bersama mereka, dengan berkata “Sesunggungnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau ia dimakan serigala, sedang kamu lalai daripadanya ” (12:13).
Maka ketika mereka membawa Yusuf pergi dan kemudian memasukkannya ke dalam sumur, lalu Allah menurunkan wahyu pada kepada nabi Yusuf“Sesungguhnya kamu akan menceritakan kepada mereka perbuatan mereka ini, sedang mereka tiada ingat lagi” (12:15).
Mereka balik kepada ayah mereka pada waktu petang hari, seraya menangis dan berkata, “Ayah, kami pergi berlomba lari, dan kami meninggalkan Yusuf dengan barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. Tetapi ayah tentu tidak akan mempercayai kami, sekalipun kami berkata benar.”
Dan, mereka menunjukkan baju Yusuf dengan lumuran darah palsu padanya. Ayahnya berkata, “Bahkan sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) ini, maka kesabaran itulah yang baik. Dan Allah jualah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan.”
Tidak lama kemudian, orang-orang datang ke sumur di mana Yusuf berada di dasarnya. Mereka mengutus seseorang untuk mengambil air dari sumur, lalu dia menurunkan timbanya. Tiba-tiba dia berkata, “Oh, kabar gembira! Ini seorang anak muda.”
Mereka merahasiakan penemuan Yusuf dari kafilah lainnya dan mengambil Yusuf sebagai barang dagangan; dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Kemudian mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, hanya beberapa dirham saja, karena mereka tidak tertarik padanya.
Orang yang membelinya, berasal dari Mesir, berkata kepada istrinya, “Hormatilah kedudukannya, boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita pungut dia sebagai anak sendiri.”
Dengan itu, Tuhan meneguhkan Yusuf di bumi (Yusuf kelak menjadi pemimpin di Mesir) dan agar Allah dapat mengajarnya interpretasi mimpi.
Maka tinggallah Nabi Yusuf bersama orang Mesir yang membelinya sehingga dewasa. Dia menjadi seorang lelaki yang amat tampan. Ketampanan beliau membuat Zalikha, istri pembesar yang membelinya, menjadi tergoda.
Perempuan itu menutup pintu-pintu di rumah mereka seraya berkata, “Marilah engkau kesini!” Yusuf menjawab, “Aku berlindung pada Allah, sesungguhnya tuanku telah memperlakukan aku dengan baik”
Kalau tidak karena pertolongan Allah, Nabi Yusuf akan tergoda pada perempuan itu. Dan keduanya lari ke pintu, lalu perempuan tersebut mengkayakkan baju Yusuf dari belakang.
Mereka mendapati suami perempuan itu di depan pintu. Perempuan itu berkata, “Apakah balasan bagi orang yang menghendaki berbuat serong dengan istrimu selain dipejarakan atau dihukum dengan sisaan yang pedih?”
Yusuf berkata, “Dia yang menggoda saya”. Lalu seorang saksi dari keluarga perempuan itu memberi suatu kesaksian, “Jika bajunya koyak di bagian depan, maka perempuan itu telah berkata benar, dan Yusuf berdusta termasuk orang yang berdusta. Tetapi jika bajunya koyak di bagian belakang, maka perempuan itulah yang berdusta, dan Yusuf orang yang benar.”
Maka tatkala suaminya melihat baju Yusuf koyak di belakang, dia berkata, “Sesungguhnya perbuatan ini adalah sebagian dari tipu daya kamu. Yusuf, berpalinglah dari hal ini, dan engkau hai istriku, mohon ampunlah atas dosamu itu karena sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang bersalah.”
Kejadian itu sampai ke telinga wanita-wanita lain di kota itu. Mereka berkata, “Istri pembesar itu menggoda hambanya yang menundukkan hatinya dengan cinta!”
Maka tatkala perempuan itu mendengar ejekan mereka dan diundanglah perempuan-perempuan itu untuk datang ke rumahnya. Ia memberikan tiap-tiap orang yang datang sebilah pisau. Kemudian, dia menyuruh Yusuf datang ke ruangan tempat mereka berkumpul. Ketika mereka melihatnya, mereka sangat kagum kepadanya, hingga pisau yang mereka genggam melukai jari-jari mereka. “Maha Sempurna Allah, ini bukan manusia, ini tidak lain hanya malaikat yang mulia.”
Lalu isteri pembesar itu berkata, “Inilah dia orang yang kamu cela aku karenanya. Benar, aku telah menggoda dia, tetapi dia menolak. Dan, jika dia tidak mematuhi apa yang aku perintahkan, niscaya dia akan dipenjarakan.”
Yusuf berkata, “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada apa yang mereka serukan padaku. Dan jika Engkau tidak menghindarkan tipu daya mereka daripadaku, niscaya hatiku cenderung kepadanya, dan tentulah aku tergolong orang-orang yang bodoh.
Maka Tuhan memperkenankan doanya, dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Untuk menutupi aib keluarga pembesar tersebut, maka Yusuf dimasukkan ke dalam penjara. Masuklah bersamanya dua orang pemuda. Salah seorang daripada mereka berkata, “Sesungguhnya aku bermimpi memeras anggur.” Dan yang lainnya berkata, “Aku bermimpi bahwa aku membawa roti di atas kepalaku dan sebagian diantaranya dimakan burung. Terangkan pada kami artinya. Sesungguhnya kami memandangmu sebagai orang yang berbuat kebajikan.”
Lalu Yusuf menerangkan arti mimpi mereka, “Wahai kedua temanku dalam penjara, salah seorang dari kamu akan memberi minuman arak untuk tuannya (dia akan kembali ke pekerjaannya semula sebagai pelayan sekeluarnya dari Penjara), dan yang satu lagi, dia akan disalib, lalu burung memakan sebagian kepalanya.”
Kemudian dia berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat di antara mereka berdua, “Ingatkanlah keadaanku kepada tuanmu.” Akan tetapi, setan menjadikan dia lupa untuk mengingatkan keadaan Yusuf kepada tuannya. Maka tinggallah Yusuf dalam penjara selama beberapa tahun.
Suatu hari, raja berkata, “Aku bermimpi tujuh ekor sapi betina yang gemuk, dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus; dan tujuh tangkai yang hijau, dan tujuh tangkai lain yang kering. Wahai para pembesar, terangkanlah padaku tentang arti mimpiku.”
Tiada seorang pun antara mereka yang tahu. Kemudian pemuda yang telah diselamatkan dahulu (teman Yusuf di penjara) berkata, setelah teringat pada Yusuf, “Aku sendiri akan memberitahu padamu artinya, maka utuslah aku (pada Yusuf).”
Setelah bertemu Yusuf, ia bertanya,”Wahai Yusuf orang yang benar, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk, yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus, dan tujuh tangkai yang hijau, dan tujuh tangkai lain yang kering, supaya aku kembali kepada mereka (raja dan para pembesar mesir tadi) agar mereka mengetahuinya.”
Yusuf berkata, “Kamu bercocok tanam tujuh tahun sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya untuk kamu makan. Kemudian setelah itu, akan datang tujuh tahun yang amat sulit menghabiskan apa yang kamu sediakan itu kecuali sedikit yang kamu simpan. Kemudian sesudah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan, dan dimasa itu mereka memeras buah-buahan.”
Setelah mendengar interpretasi mimpi itu, Raja berkata, “Bawalah dia kepadaku.” Maka tatkala utusan itu datang kepada Yusuf, berkatalah Yusuf, “Kembalilah kepada tuanmu, dan tanyakanlah kepadanya bagaimana halnya perempuan-perempuan yang telah melukai tangannya (Yusuf). Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka”
Raja mengabulkan permintaan Yusuf, serta memanggil perempuan-perempuan itu dan bertanya, “Apakah urusan kamu, perempuan-perempuan, sehingga kamu menggoda Yusuf?” Mereka menjawab, “Maha Sempurna Allah! Kami tidak mengetahui keburukan padanya.” Isteri pembesar itu berkata, “Sekarang sudah nyatalah kebenaran. Sayalah yang menggodanya.”
Raja berkata, “Bawalah Yusuf kepadaku. Aku akan memilihnya sebagai pembantu dekatku.” Setelah Yusuf berada didekatnya, dia berkata kepada Yusuf, “Pada hari ini, engkau di sisi kami mempunyai kedudukan lagi dipercaya.”
Yusuf berkata, “Jadikanlah aku bendahara negeri ini (Mesir). Sesungguhnya aku sanggup memelihara lagi cukup mengetahui.”
Maka Yusuf ditetapkan Allah untuk memperoleh kedudukan terhormat di negeri Mesir, walaupun ia dapat tinggal di mana saya yang ia kehendaki.
Suatu hari, datanglah saudara-saudara Yusuf, lalu masuk menemuinya. Yusuf mengenali mereka, tetapi mereka tidak. Mereka datang untuk meminta pertolongan makanan.
Setelah Yusuf menyiapkan perbekalan untuk mereka, dia berkata, “Bawalah kepadaku saudaramu yang sebapak (yaitu Bunyamin). Tidakkah kamu melihat aku menepati sukatan (timbangan/ukuran), sedang aku sebaik-baik penerima tamu? Tetapi jika kamu tidak membawanya kepadaku, maka kamu tidak akan mendapatkan sukatan (lagi) dari padaku, dan jangan kamu mendekatiku.”
Mereka menjawab, “Kami akan membujuk ayah kami; dan sungguh kami akan melakukannya.”
Lalu Yusuf menyuruh budak-budak suruhannya untuk mengembalikan uang yang dibawa untuk mengganti perbekalan makanan dari Yusuf ke dalam pundi-pundi mereka, supaya mereka dapat mengenalinya apabila mereka balik kepada keluarga mereka.
Maka tatkala mereka kembali kepada ayah mereka, mereka berkata, “Ayah, sukatan itu dilarang bagi kami, sebab itu kirimlah saudara kami (Bunyamin) bersama kami supaya kami mendapat sukatan itu. Sesungguhnya kami akan menjaganya.”
Ayah mereka (Ya’qub) berkata, “Adakah aku akan mempercayai kamu kepadanya seperti aku mempercayai kamu kepada saudaranya dahulu?”
Dan, ketika mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati uang mereka dikembalikan lagi kepada mereka. Mereka berkata, “Ayah, apakah yang kita inginkan lagi? Uang kita sudah dikembalikan kepada kita, dan kami mendapat bekalan makanan untuk keluarga kami, dan kami akan menjaga saudara kita; kami akan mendapat tambahan beban seekor unta. Itulah sukatan (perhitungan) yang mudah.”
“Aku tidak akan mengutusnya bersama kamu sehingga kamu memberi aku satu janji yang teguh dengan Allah, bahwa kamu pasti akan mendatangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu dikepung.” Maka tatkala mereka telah memberikan janji mereka, dia berkata, “Allah menjadi saksi atas apa yang kami ucapkan.”
Maka apabila mereka menemui Yusuf sekali lagi, Yusuf membawa saudaranya ketempatnya, seraya berkata, “Sesungguhnya aku adalah saudaramu; maka janganlah engkau bersedih terhadap apa yang telah mereka perbuat.”
Maka tatkala Yusuf menyiapkan perbekalan mereka, dia meletakkan gelas minumannya ke dalam karung milik saudaranya.
Ketika mereka hendak pergi untuk kembali kepada keluarga mereka, datang orang yang menyerukan, “Hai kafilah, kamu pencuri!”
Mereka bertanya sambil mendekati orang yang menyeru, “Barang apakah yang hilang dari kamu?”
“Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Dan barang siapa dapat mendatangkannya akan memperoleh bahan makanan seberat beban seekor unta; itu aku jamin.”
Mereka berkata, “Demi Allah, kamu mengetahui bahwa kami tidak datang untuk membuat kerusakan di muka bumi (Mesir ini). Kami bukanlah pencuri.”
“Apakah balasannya jika kamu adalah pendusta?”
“Balasannya adalah – bahwa barangsiapa didapati barang yang hilang dalam karungnya, maka dia sendirilah balasannya. Begitulah kami memberi hukuman terhadap orang-orang yang zalim.”
Maka Yusuf mulai memeriksa karung-karung mereka sebelum memeriksa karung saudaranya, kemudian dia mengeluarkan gelas itu dari karung saudaranya.
Demikianlah Allah membuat muslihat untuk Yusuf. Menurut peraturan raja, saudara Yusuf haruslah dijadikan hamba sahaya, tapi Yusuf tidak menghukum saudaranya karena dia tahu saudaranya tidak bersalah.
Mereka berkata, “Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya (yaitu Yusuf) adalah seorang pencuri juga.” Tetapi Yusuf merahasiakannya di dalam dirinya, dan tidak menampakkannya kepada mereka, dengan berkata, “Kamulah yang lebih buruk kedudukannya; Allah Maha Mengetahui apa yang kamu terangkan itu.”
Mereka berkata, “Wahai al-aziz (yang perkasa), sesungguhnya dia mempunyai ayah yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami melihat bahwa engkau adalah termasuk orang-orang yang berbuat baik.”
Yusuf berkata, “Kami berlindung kepada Allah daripada menahan seseorang, kecuali orang yang kami temukan harta benda kami padanya, sesungguhnya jika kami berbuat demikian, maka kami termasuk orang-orang yang zalim (12: 79).
Maka kembalilah mereka kepada ayah mereka dan menceritakan tentang saudaranya yang mencuri dan ditahan di Mesir. Kedukaan ayahnya (Ya’qub bertambah), lalu dia berpaling dari mereka, dan berkata, “Aduhai, dukacitaku untuk Yusuf!” dan kedua-dua matanya menjadi putih karena kedukaannya, tetapi dia menahan perasaannya.
Kemudian dia berkata, “Wahai anak-anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya. Janganlah berputus asa dari kesenangan Allah; sesungguhnya tiada yang berputus asa melainkan kaum yang tidak percaya (kafir).”
Lalu mereka pergi kepada Yusuf dan berkata, “Wahai al-aziz, penderitaan telah menyentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan membawa barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan untuk kami, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah membalas orang-orang yang bersedekah.”
Yusuf bertanya, “Apakah kamu mengetahui apa yang kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, yang ketika itu kamu belum mengetahuinya?”
Mereka menjawab, “Mengapa, apakah kamu benar-benar Yusuf?”
Dia berkata, “Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala bagi orang-orang yang berbuat baik.”
Mereka berkata, “Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih menyukai kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami bersalah.”
Yusuf berkata, “Tidak ada cercaan pada hari ini kepada kamu; Allah mengampuni kamu; Dia adalah yang Maha Penyayang diantara yang paling para penyayang. Pergilah, ambil baju ini, dan kamu letakkanlah ke wajah ayahku, dan dia akan memperoleh kembali penglihatannya; kemudian bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya.”
Maka, apabila kafilah telah berangkat, ayah mereka berkata, “Sesungguhnya aku mendapati bau Yusuf, sekiranya kamu tidak menuduh aku lemah akal.”
Mereka berkata, “Demi Allah, sungguh engkau adalah dalam kekeliruan engkau yang dahulu.”
Tetapi apabila pembawa berita gembira datang kepadanya dan meletakkan baju Yusuf ke mukanya, tiba-tiba dia kembali dapat melihat. Dia berkata, “Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahwa aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak tahu?”
Mereka berkata, “Ayah kami, mohonkanlah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah.”
“Sungguh, aku akan meminta memohonkan ampun bagi kamu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagu Maha Penyayang.”
Kemudian mereka berangkat ke Mesir untuk menemui Yusuf.
Maka, ketika mereka datang menemui Yusuf, dia membawa ibu dan ayahnya kepadanya, dan berkata, “Masuklah kamu ke Mesir, Insya Allah dalam keadaan aman.”
Dan dia menaikkan ibu dan ayahnya ke atas singgasana; dan mereka yang lainnya jatuh bersujud kepadanya. Berkata, ‘Ayah, inilah arti mimpi saya yang dahulu; Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya kebenaran yang nyata. Dia telah berbuat baik kepadaku ketika Dia mengeluarkanku dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari dusun setelah setan memecah-belah antara aku dan saudaraku.
Nabi Syuaib
Kaum Madyam, kaumnya Nabi Syu'ib, adalah segolongan bangsa Arab yang tinggal di sebuah daerah bernama "Ma'an" di pinggir negeri Syam. Mereka terdiri dari orang-orang kafir tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa. Mereka menyembah kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka sudah sangat jauh dari ajaran agama dan pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu’ib a.s.
Banyak orang di zaman kita beranggapan bahawa agama hanya merupakan program-program yang kosong dan nilai-nilai akhlak semata. Ini adalah keyakinan klasik dan salah. Pada hakikatnya, agama adalah sistem dalam kehidupan dan pergaulan. Intinya ialah hubungan dengan Allah s.w.t. Oleh kerana itu, usaha memisahkan antara masalah-masalah tauhid dan perilaku manusia dalam kehidupan mereka sehari-hari bererti memisahkan agama dari kehidupan dan mengubahnya menjadi adat- istiadat, tradisi-tradisi, dan acara-acara ritual yang hampa. Kisah Nabi Syu’ib menampakkan hal yang demikian secara jelas.
Allah s.w.t mengutus Syu’ib pada penduduk Madyan:
"Dan kepada (penduduk) Madyan (kami utus) saudara mereka, Syu 'ib. Ia berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia.'" (QS. Hud: 84)
Ini adalah dakwah yang sama yang diserukan oleh setiap nabi. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara satu nabi dan nabi yang lain. Ia merupakan dasar akidah dan tanpa dasar ini mustahil suatu bangunan akan berdiri. Setelah peletakan bangunan tersebut, Syu’ib mulai menyuarakan dakwahnya:
"Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku khawatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (kiamat)." (QS. Hud: 84)
Setelah menjelaskan masalah tauhid secara langsung, Nabi Syu’ib berpindah pada masalah muamalah sehari-hari yang berkenaan dengan kejujuran dan keadilan. Adalah hal yang terkenal pada penduduk Madyan bahawa mereka mengurangi timbangan dan mereka tidak memberikan hak-hak manusia. Ini adalah suatu kehinaan yang menyentuh kesucian hati dan tangan sebagaimana menyentuh kesempurnaan harga diri dan kemuliaan.
Para penduduk Madyan beranggapan bahawa mengurangi timbangan adalah salah satu bentuk kelihaian dan kepandaian dalam jual-beli serta bentuk kelicikan dalam mengambil dan membeli. Kemudian nabi mereka datang dan mengingatkan bahawa hal tersebut merupakan hal yang hina dan termasuk pencurian. Nabi Syu’ib memberitahukan kepada mereka bahawa beliau khawatir jika mereka meneruskan perbuatan keji itu nescaya akan turun kepada mereka azab di mana manusia tidak akan dapat menghindar dari seksaan itu. Perhatikanlah bagaimana campur tangan Islam melalui Nabi Syu’ib yang diutus kepada manusia di mana ia memperhatikan persoalan jual-beli dan mengawasinya:
"Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan." (QS. Hud: 85)
Nabi Syu’ib meneruskan misi dakwahnya. Beliau mengulang-ulangi nasihatnya kepada mereka dengan cara yang baik dan mengajak ke jalan yang baik, tidak ke jalan yang buruk; beliau menghimbau kepada mereka untuk menegakkan timbangan dengan keadilan dan kebenaran dan mengingatkan mereka agar jangan merampas hak-hak orang lain. Merampas hak-hak orang lain itu tidak terbatas pada jual-beli saja, namun juga berhubungan dengan perbuatan-perbuatan lainnya; beliau memerintahkan mereka untuk menegakkan timbangan keadilan dan kejujuran. Demikianlah seruan dari agama tauhid dan akidah tauhid di mana ia selalu menyuarakan kejujuran dan keadilan.
Agama selalu memerintahkan manusia untuk menjalin kerjasama sesama mereka dalam kehidupan sehari-hari dengan cara-cara yang bijaksana dan baik, baik menyangkut hubungan kerja, hubungan peribadi mahupun hubungan lainnya. Al-Quran al-Karim mengatakan: "Dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka. "Dan kata as-Syai' (sesuatu) dalam ayat tersebut diucapkan kepada hal-hal yang bersifat materi dan yang bersifat non-materi (rohani) di mana masuk dalam kategori itu perbuatan-perbuatan dan hubungan-hubungan yang menghasilkan. Al-Quran melarang segala bentuk kezaliman, baik kezaliman berkenaan dengan menimbang buah-buahan atau sayur- sayuran mahupun kezaliman dalam bentuk tidak memberikan penghargaan terhadap usaha manusia dan pekerjaan mereka. Sebab, kelaliman terhadap manusia akan menciptakan suasana ketidakharmonisan yang berakibat pada timbulnya penderitaan, sikap putus asa, dan sikap tidak peduli, sehingga pada akhirnya hubungan sesama manusia berjalan tidak harmonis dan menimbulkan kegoncangan dalam kehidupan. Oleh kerana itu, Al-Quran mengingatkan agar jangan sampai ada manusia yang berbuat kerosakan di muka bumi:
"Dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan. Sisa (keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu." (QS. Hud: 85-86)
Yang di maksud al-'Atsu ialah sengaja membuat kerosakan dan bertujuan untuk membuat kerosakan. Janganlah kalian membuat kerosakan di muka bumi; janganlah kalian sengaja untuk menciptakan keonaran di muka bumi. Apa yang ada di sisi Allah s.w.t adalah hal yang terbaik buat kalian jika kalian benar-benar beriman. Kemudian Nabi Syu’ib memberitahu kepada mereka bahawa ia tidak memiliki sesuatu kepada mereka; ia tidak dapat menguasai mereka tidak juga ia selalu mengawasi mereka. Beliau hanya sekadar seorang rasul atau utusan untuk menyampaikan ajaran Tuhannya:
"Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu. " (QS. Hud: 86)
Dengan cara yang demikian, Nabi Syu’ib menjelaskan kaumnya bahawa masalah yang mereka hadapi saat ini sangat penting dan sangat serius, bahkan sangat berat. Beliau memberitahu mereka akibat yang bakal mereka terima jika mereka membuat kerosakan. Selesailah bahagian pertama dari dialog Nabi Syu’ib bersama kaumnya. Nabi Syu’ib telah mengawali pembicaraan dan kaumnya mendengarkan. Kemudian beliau berhenti dari pembicaraannya dan sekarang kaum membuka pembicaraan:
"Mereka berkata: 'Hai Syu’ib, apakah agamamu yang menyuruh agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapak-bapak kami atau melarang dan berbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal " (QS. Hud: 87)
Para penduduk Madyan yang kafir mereka biasa merampok dan menyembah al-Aikah, yaitu pohon dari al-Aik yang dikelilingi oleh dahan- dahan yang berputar di sekelilingnya. Mereka termasuk orang-orang yang menjalin hubungan sesama manusia dengan cara-cara yang sangat keji. Mereka suka mengurangi timbangan; mereka mengambil yang lebih darinya dan tidak menghiraukan kekurangannya. Perhatikanlah semua itu dalam dialog mereka bersama Syu’ib. Mereka berkata, "wahai Syu’ib apakah agamamu yang memerintahkanmu...?" Seakan-akan agama ini mendorong Syu’ib dan membisikinya serta memerintahnya sehingga ia mentaati tanpa pertimbangan dan pemikiran. Sungguh Syu’ib telah berubah dengan agamanya itu menjadi alat yang bergerak dan alat yang tidak sedar. Demikianlah celaan dan tuduhan keji yang dialamatkan oleh kaum Nabi Syu’ib kepadanya. Agama Syu’ib telah membuatnya gila dan membuatnya nekad untuk memerintahkan mereka meninggalkan apa yang selama ini mereka sembah dan disembah oleh kakek-kakek mereka. Kakek-kakek mereka telah menyembah tumbuh-tumbuhan dan pohon- pohonan sementara agama Syu’ib memerintahkan mereka untuk hanya menyembah Allah s.w.t. Kenekatan model apa dari Syu’ib ini?
Dengan ejekan dan penghinaan ini, Nabi Syu’ib menghadapi dialog yang terjadi dengan mereka. Kemudian mereka kembali bertanya-tanya dengan penuh keheranan dan dengan nada mengejek: "Apakah agamamu yang menyuruh agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapak- bapak kami." Tidakkah engkau sedar wahai Syu’ib bahawa agamamu ingin mencampuri keinginan kita dan cara kita menggunakan harta kita? Apakah hubungan keimanan dan salat dengan muamalah materi?
Dengan pertanyaan ini, kaum Nabi Syu’ib mengira bahawa mereka mencapai suatu tingkat kecerdasan. Mereka mengemukakan di hadapannya masalah keimanan, dan mereka mengingkari adanya keterkaitan antara perilaku manusia dan muamalah mereka serta perekonomian mereka. Ini adalah masalah yang klasik; ini adalah usaha untuk memisahkan antara ekonomi dan Islam di mana setiap nabi justru di utus untuknya meskipun nama-nama mereka berbeza-beza; ini adalah masalah kuno yang diungkap oleh kaum Nabi Syu’ib di mana mereka mengingkari bahawa agama turut campur dalam kehidupan sehari-hari mereka, perekonomian mereka dan cara mereka menggunakan harta mereka. Mereka menganggap bahawa menginfakkan harta atau menggunakannya atau menghambur-hamburkannya adalah suatu yang tidak berhubungan dengan agama. Hal itu menyangkut kebebasan peribadi manusia. Bukankah itu hartanya yang khusus lalu mengapa agama turut campur di dalamnya?
Demikianlah pemahaman kaum Nabi Syu’ib kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Syu’ib. Kami kira pemahaman demikian sedikit atau banyak tidak berbeza dengan pemahaman banyak masyarakat di zaman kita sekarang mereka menganggap bahawasanya Islam tidak memiliki kaitan dengan kehidupan peribadi manusia dan kehidupan perekonomian mereka. Oleh kerana itu, manusia dapat menggunakan harta mereka sesuai dengan kemahuan mereka: "Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal."
Mereka ingin mengatakan kepada Nabi Syu’ib, seandainya engkau seorang yang bijaksana dan memiliki pemikiran yang matang nescaya engkau tidak akan mengatakan apa yang telah engkau katakan. Mereka kembali mengejek Nabi Syu’ib dan merendahkan dakwahnya. Seandainya Anda bertanya kepada kaum Nabi Syu’ib tentang pemahaman agama mereka maka mereka pasti mengingkari bahawa agama adalah sebagai sistem dalam kehidupan yang menjadikan hidup lebih mulia, lebih suci, lebih adil dan lebih pantas manusia untuk menjabat sebagai khalifatullah di muka bumi; seandainya Anda bertanya kepada mereka tentang agama nescaya mereka memberitahumu bahawa ia hanya berupa kumpulan nilai-nilai rohani yang baik yang tidak mewarnai kehidupan sehari-hari. Dengan pemahaman seperti ini, agama hanya sekadar hiasan. Ini adalah pemahaman yang menggelikan kerana Allah s.w.t mengutus para nabi dan ajaran-ajaran yang mereka bawa bukan untuk perhiasan dan main- mainan.
Maha Suci Allah s.w.t dari semua itu. Allah s.w.t mengutus para nabi-Nya dengan membawa sistem baru dalam kehidupan, yaitu sistem yang mencakup nilai-nilai dan pemikiran-pemikiran yang itu semua tidak akan bermakna jika tidak berubah menjadi suatu sistem dalam kehidupan secara umum dan mengatur kehidupan secara khusus. Dengan pemahaman seperti inilah agama menjadi mulai dan agama menjadi benar adanya. Dan dengan asumsi seperti ini, kita memahami seberapa jauh campur tangan agama dalam persoalan-persoalan kehidupan sehari- hari: dimulai dari hubungan-hubungan cinta sampai undang-undang perkahwinan, bahkan cara mengambil keputusan hidup sampai sistem dalam menginfakkan wang dan menggunakannya, juga sistem dalam cara menggunakan dan mengagihkan kekayaan dan sebagainya. Jika manusia memahami agama seperti ini maka jadilah agama sesuatu kebenaran. Dan kalau tidak, agama laksana puing-puing saja.
Nabi Syu’ib mengetahui bahawa kaumnya mengejeknya kerana mereka menganggap agama tidak turut campur dalam kehidupan sehari-hari. Namun, beliau menghadapi semua itu dengan penuh kelembutan dan kasih sayang kerana beliau yakin apa yang beliau bawa adalah kebenaran. Beliau tidak peduli dengan ejekan mereka dan tidak tersinggung dengannya dan tidak mempersoalkan hal itu; beliau memberi pengertian kepada mereka bahawa beliau berada di atas kebenaran dari Tuhannya; beliau adalah seorang nabi yang mengetahui kebenaran; beliau tidak melarang mereka untuk meninggalkan sesuatu yang di balik larangan itu mendatangkan keuntungan peribadi buatnya; beliau tidak ingin menasihati mereka dalam kejujuran agar pasar menjadi sepi dan kerananya beliau mengambil manfaat; beliau hanya sekadar seorang nabi di mana dakwah setiap nabi tergambar dalam ungkapan yang singkat:
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. " (QS. Hud: 88)
Yang beliau inginkan hanya al-Islah (usaha membuat perbaikan). Demikianlah kandungan dan inti dakwah para nabi yang sebenarnya. Mereka adalah al-Muslihun, yaitu orang-orang yang membuat perbaikan; mereka memperbaiki akal, memperbaiki hati dan memperbaiki kehidupan yang umum dan kehidupan yang khusus:
"Syu’ib berkata: 'Hai kaumku, bagaimana fikiranku jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahi-Nya aku dari-Nya rezeki yang baik (patutkah aku menyalahi perintah-Nya)? Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah
aku kembali.'" (QS. Hud: 88)
Setelah Nabi Syu’ib menjelaskan tujuan-tujuannya kepada mereka dan menyingkapkan kebenaran dakwahnya, beliau mulai mengotak-atik akal- akal mereka; beliau mengungkapkan kepada mereka bagaimana pergelutan orang-orang sebelum mereka dengan para nabi sebelumnya, yaitu kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud, kaum Nabi Saleh, dan kaum Nabi Luth yang masa mereka tidak jauh dengan masa Nabi Syu’ib. Beliau mulai berdialog dengan mereka dan mengingatkan mereka bahawa sikap penentangan mereka justru akan mendatangkan seksaan bagi mereka. Nabi Syu’ib mengingatkan mereka bagaimana nasib orang-orang yang mendustakan kebenaran:
"Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Saleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu. Dan mohonlah ampun dari Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada- Nya,sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. " (QS. Hud: 89-90)
Usai Nabi Syu’ib berdakwah kepada Allah s.w.t dan menjelaskan al-ishlah (usaha memperbaiki masyarakat) dan mengingatkan mereka bahaya penentangan serta menakut-nakuti mereka dengan menceritakan kembali seksaan yang diterima orang-orang yang berbohong sebelum mereka. Meskipun demikian, Nabi Syu’ib tetap membukakan pintu pengampunan dan pintu taubat bagi mereka. Beliau menunjukkan kepada mereka kasih sayang Tuhannya Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Namun kaum Nabi Syu’ib memilih azab. Kekerasan hati mereka dan keinginan mereka untuk mendapatkan harta yang haram serta rasa puas dengan sistem yang mengatur mereka, semua itu menyebabkan mereka menolak kebenaran:
"Mereka berkata: 'Hai Syu’ib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu.'" (QS. Hud: 91)
Kami tidak memahamimu. Engkau adalah seorang yang mengacau; engkau mengatakan sesuatu yang tidak dimengerti:
"Dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami." (QS. Hud: 91)
Beliau dikatakan sebagai orang yang lemah kerana orang-orang fakir dan orang-orang yang menderita adalah orang-orang yang beriman padanya, sedangkan orang-orang kaya dan para pembesar telah menentang mereka. Demikianlah pertimbangan umumnya manusia yang tidak memiliki kekuatan cukup untuk menghadapi kebenaran dakwah Nabi Syu’ib di mana beliau dianggap sebagai orang yang lemah:
"Kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami akan merejammu."(QS. Hud: 91)
Seandainya kalau bukan kerana keluargamu dan kaummu dan orang-orang yang mengikutimu nescaya kami akan menggali suatu lubang dan kami akan bunuh kamu di lubang itu dengan cara melempari kamu dengan batu:
"Sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami." (QS. Hud: 92)
Kaum Nabi Syu’ib berpindah dari cara mengejek pada cara menyerang. Nabi Syu’ib telah menyampaikan bukti kepada mereka setelah mereka mengejeknya, lalu mereka mengubah cara mereka berdialog. Mereka memberitahunya bahawa mereka tidak memahami apa yang beliau katakan dan mereka melihat bahawa Nabi Syu’ib sebagai orang yang lemah dan hina. Dan seandainya kalau bukan kerana mereka takut (kasihan)
kepada keluarganya nescaya mereka akan membunuhnya. Mereka menampakkan kebencian kepada Nabi Syu’ib dan ingin sekali untuk membunuhnya kalau bukan kerana alasan-alasan yang berhubungan dengan keluarganya. Menghadapi ancaman itu, Nabi Syu’ib tetap menunjukkan sikap lembutnya lalu beliau bertanya kepada mereka dengan maksud untuk menggugah ke sekian kalinya akal mereka:
"Syu’ib menjawab: 'Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah. " (QS. Hud: 92)
Apakah cukup rasional jika mereka membayangkan hal tersebut? Mereka melupakan hakikat kekuatan yang mengatur alam. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t Yang Maha Mulia dan Maha Kuat. Seharusnya mereka mengingat hal itu; seharusnya seseorang tidak takut kepada apapun selain Allah s.w.t dan tidak membandingkan kekuatan di alam wujud ini dengan kekuatan Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t Yang Kuat dan hanya Dia yang mengatur hamba-hamba-Nya.
Tampak bahawa kaum Nabi Syu’ib mulai kesal dan semakin kesal dengannya, lalu berkumpullah para pembesar kaumnya:
"Pemuka-pemuka dari kaum Syu'ib yang menyombongkan diri berkata: 'Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syu’ib dan dengan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, kecuali kamu kembali kepada agama kami.'" (QS. al-A'raf: 88)
Mereka menggunakan tahap baru dengan cara mengancam Nabi Syu’ib; mereka mengancamnya untuk membunuh dan mengusir dari desa mereka; mereka memberi pilihan kepada Nabi Syu’ib antara terusir dan kembali kepada agama mereka yang menyembah pohon-pohon dan benda-benda mati. Nabi Syu’ib memberitahu kepada mereka bahawa masalah kembalinya ia ke agama mereka adalah masalah yang tidak berhubungan dengan masalah-masalah yang disebutkan dalam perjanjian. Sungguh Allah s.w.t telah menyelamatkan beliau dari agama mereka lalu bagaimana beliau kembali lagi padanya? Beliau yang mengajak mereka pada agama tauhid lalu bagaimana beliau mengajak mereka untuk kembali pada kesyirikan dan kekufuran? Beliau mengajak mereka dengan cara yang lembut dan kasih sayang sementara mereka
mengancamnya dengan kekuatan.
Demikianlah pertentangan antara Nabi Syu’ib dan kaumnya semakin berlanjutan. Nabi Syu’ib memegang amanat dakwah untuk menghadapi para pembesar, para pendusta, dan para penguasa kaumnya. Akhirnya, Nabi Syu’ib mulai mengetahui bahawa mereka tidak lagi memiliki harapan kerana mereka telah berpaling dari Allah s.w.t:
"Sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya pengetahuan Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan. Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, berbuatlah menurut kemampuanmu, sesungguhnya aku pun berbuat (pula). Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa azab yang menghinakannya dan siapa yang berdusta. Dan tunggulah azab (Tuhan). Sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu." (QS. Hud: 92-93)
Nabi Syu’ib berlepas diri dari mereka. Mereka telah berpaling dari agama Allah s.w.t bahkan telah mendustakan nabi-Nya dan menuduhnya bahawa ia tersihir dan seorang pembohong. Maka, setiap orang hendaklah melakukan apa saja yang diinginkannya dan hendaklah mereka menunggu azab Allah s.w.t. Kemudian pergelutan antara Nabi Syu’ib dan kaumnya berakhir adanya fasa baru. Mereka meminta kepada Nabi Syu’ib untuk mendatangkan azab dari langit jika beliau termasuk orang-orang yang benar. Dengan nada mencabar dan menentang, mereka berkata: "di mana azab itu, di mana seksaan yang dijanjikan itu? Mengapa terlambat datang?"
Mereka mengejek Nabi Syu’ib dan beliau dengan tenang menunggu datangnya azab Allah s.w.t. Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau agar keluar bersama orang-orang mukmin dari desa tersebut. Akhirnya, Nabi Syu’ib keluar bersama para pengikutnya dan datanglah azab Allah s.w.t:
"Dan tatkala datang azab Kami. Kami selamatkan Syu’ib dan orang- orang yang beriman bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari kami, dan orang-orang lalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, kebinasaan bagi penduduk Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa." (QS. Hud: 94-95)
Ia adalah teriakan sekali saja satu suara yang datang kepada mereka dari celah-celah awan yang menyelimuti. Mula-mula mereka barangkali bergembira kerana membayangkan itu akan membawa hujan tetapi mereka dikejutkan ketika datang kepada mereka seksaan yang besar pada hari yang besar.
Selesailah masalah ini. Mereka menyedari bahawa teriakan itu membawa bencana buat mereka; teriakan itu menghanguskan setiap makhluk yang ada di dalam negeri itu. Mereka tidak mampu bergerak dan tidak mampu menyembunyikan diri dan tidak pula mereka dapat menyelamatkan diri mereka.
Cerita-cerita ini ana copy and paste, harap maklum.