Selasa, 7 Disember 2010

Pembakaran Masjid al-Aqsa

Pembakaran Masjid al-Aqsa

Latar belakang

Insiden ini berlaku pada 21 Ogos 1969, ia telah dilakukan oleh seorang ekstrimis Yahudi warga Switzerland, Dennis Michael. Ia bertitik tolakkan kekalahan tentera Arab (gabungan Mesir, Jordan dan Syiria - dengan bantuan negara-negara teluk yang lain) kepada tentera pakatan Israel-Amerika pada 1967. Semenjak tarikh itu Baitul Maqdis Timur dan Barat dikuasai sepenuhnya oleh pemerintahan rejim Zionis. Kota tersebut telah diiktiraf oleh PLO bermula perjanjian Oslo bersesuaian dengan resolusi two states PBB.

Sejak kekalahan tersebut,Tembok buraq iaitu tembok sebelah barat Baitul Maqdis telah ditukarkan kepada Tembok Ratapan ataupun “Kotel” oleh rejim Zionis. Mereka secara tiba-tiba telah mencipta syariat baru yang mana penganut agama Yahudi dituntut untuk melakukan upacara “meratap” di situ. Maka datanglah orang-orang Yahudi dari serata dunia termasuklah Barack Obama menziarahi Baitul Maqdis untuk melaksanakan “haji” mereka.

Kumpulan-kumpulan Yahudi ekstrimis ini sebenarnya ditubuhkan oleh pihak rejim sendiri, samada secara langsung atau tidak langsung. Mereka dibantu daripada segi moral atau material. Jika mereka keganasan, mereka tidak akan dihadapkan kemahkamah. Jika adapun, hukumannya tidak tidaklah berat dan tidak setimpal dengan kerja jahat yang mereka lakukan. Hal ini kerana mereka dilindungi oleh undang-undang rejim dan bergerak secara halal. Misi dan visi mereka adalah untuk menghancurkan Masjid al-Aqsa seterusnya mendirikan “Solomon Temple”. Setiap kumpulan mempunyai tugas masing-masing bersesuaian dengan apa yang ditetapkan oleh pertubuhan Zionis sedunia.

Kesan

Kesan daripada kenasan tersebut, mimbar yang dibina oleh Salahuddin al-Ayubi telah musnah terbakar. Sebahagian dinding masjid dan kesan sejarah juga telah musnah akibat kebakaran. Seharian suntuk para jamaah cuba memadamkan kebakaran tersebut. Rentetan daripada peristiwa yang memilukan ini, maka tertubuhlah OIC. Malaysia juga terlibat sama dalam penubuhan OIC. Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah dilantik menjadi setia usaha agung OIC yang pertama.

Tujuan utama penubuhan OIC adalah untuk membentuk satu kesatuan negara-negara Islam dan menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai fokus. Malangnya sehingga kini tiada sebarang pencapaian kearah membela rakyat Palestin dan membebaskan masjid al-Aqsa yang dapat dibanggakan. Hanya sekadar berbincang, tanpa sebarang tindakan. Apabila mendengar umat Islam dizalimi mereka hanya menggeleng dan berkata “Oh I see”.

Note : Ini adalah satu fasa daripada buku "Apa Yang Saudara Perlu Tahu Tentang Palestin" yang menceritakan tentang pembakaran masjid al-Aqsa. Insya Allah, inilah buku sulung yang akan ana siapkan. Doakanlah kejayaan buku ini. Tajuk buku mungkin akan berubah, wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan