Ahad, 5 Disember 2010


Sabtu malam, jam 9 malam.

Usrah level 01 dan 02 beserta qiamulail. Syarat :
  • Berumur 13-17 tahun.
  • Ahli KRJ.
  • Mengikuti usrah IKRAM atau usrah rangkaian Sekolah Musleh.

Ahad, jam 6 pagi.Halaqah umum terbuka kepada ahli dan bukan ahli. Syarat :
  • Berumur 11-17 tahun.
Boleh hubungi En. Ju
naidi : 109-5555549

Program Khas Untuk Ahli Usrah Pada Musim Cuti Ini :

· Daurah (10 Nov 2010)

· Mukhayyam (11-12 Dis 2010)

· Ekspedisi Remaja Kental (X-rek) (30 Nov-2 Dis 2010)

· Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak (X-pert) (23-26 Dis 2010)

· Mukhayyam Intensif Siswa Siswi Islah (MHI) (akan datang)

APA ITU USRAH?

Usrah berasal daripada bahasa arab yang bermaksud keluarga. Dinamakan keluarga kerana di dalamnya terjalin ukhwah dan kasih sayang kerana Allah.

Usrah merupakan kelompok kecil yang terdiri daripada beberapa ahli yang kurang daripada 10 orang dan seorang naqib (ketua usrah). Usrah juga telah diteladani daripada sirah Rasulullah, yang mana Rasulullah menerangkan Islam dalam kelompok kecil di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.

Natijahnya Rasulullah berjaya melahirkan para sahabat yang benar-benar komited dengan keimanan dan perjuangan Islam sedari awal zaman kerasulan. Metode ini bersesuaian dengan teori semakin kecil bilangan anak murid semakin berkesan pendidikan.

Usrah berdiri atas tiga rukun, iaitu Taaruf (saling kenal-mengenali), Tafahum (saling faham-memahami) dan Takaful (saling tolong-menolong.Hasan al-Banna berkata,

“Islam sangat memperhatikan terbentuknya sesebuah usrah,yang dapat diarah dan dibimbing untuk mendapat nilai-nilai Islam yang agung, memperkuat jalinan ukhwah dan mampu membawa saudaranya yang lain daripada pendekatan berbicara dan beramal kepada pendekatan berkarya dan beramal. Maka bersungguh-sungguhlah kalian untuk mendapat salah satu batu-bata bangunan ini (Islam).

MANFAAT USRAH

KEPADA INDIVIDU

  • Menjadi Insan kamil serta memahami Islam secara holistik.
  • Dididik untuk melaksakan islam dalam kehidupan.
  • Bermotivasi untuk berjaya di dunia dan akhirat.

KEPADA INsTITUSI KEKELUARGAAN

  • Dididik menjadi anak yang soleh
  • Membantu memilih calon pasangan yang menepati Islam.
  • Didik menjadi suami atau isteri yang bertanggung jawab.

KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

  • Bermotivasi untuk member sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama

  • Bersungguh-sungguh melakukan tugas Islah.

    Negara makmur kerana mengamalkan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan