Isnin, 15 Mac 2010

Apa kata ulama tentang cinta



Cinta awalnya permainan dan akhirnya kesungguhan. Ia tidak dapat dilukis tetapi harus dialami agar diketahui. Agama tidak menolak, syariat pun tidak melarang.

-Ibn Hazm-
Islam mengiktiraf cinta, bahkan cinta itu datangnya dari syurga. Islam amat menghargai cinta, kerana ianya fitrah kejadian insan. Makanya islam menetapkan syariat yang menjaga dan membatasi cinta, agar dapat menjaga kesucian cinta.
Cinta itu sifatnya luas cuma bezanya cinta tuhan dengan cinta makhluk ialah tuhan sifat cintanya tidak terbatas tanpa mengira seseorang itu taat atau tidak. Siapakah lagi yang lebih menyayangi kita jika bukanAllah. Setiap udara yang masuk kedalam paru-paru kita adalah tanda kasih sayang Allah. Nikmat iman dan hidayah merupakan nikmat tiada tandingannya. Segala rezeki dan nikmat yang yang kita peroleh tidak akan di berikan jika tidak kerana sifat kasih dan belas ehsan-Nya. Tiada yang terkecuali dari mendapat rahmat Allah.
Berbeza dengan sifat cinta manusia yang terbatas, bermusim dan dinilai dengan penilaian yang amat terbatas.
Adapun hubungan cinta peria dan dara harus dipandu dengan iman dan ilmu supaya tidak terjatuh kelembah hina. Menjadi kuda tunggangan nafsu.
Adapun cinta kepada Allah seperti mana yang di nyatakan oleh Ibn al-Qayyim;
Kecintaan kepada Allah adalah tanda atau siafat golongan ini, dan kecintaan itu membuktikan kebenaran seorang sufi dalam perjalanan menuju Allah. Tidak ada antara Allah dengan hamba-Nya sebarang hubungan kecuali semata-mata sifat ubudiyyah (penghambaan), daripada hamba dan uluhiyyah (ketuhanan) daripada Allah, dan tidak ada pada hamba satu pun daripada sifat uluhiyyah dan tidak ada pada tuhan satu pun daripada sifat ubudiyyah, justeru paksi bagi ubudiyyah ialah cinta. Maka ubudiyyah terikat dengan cinta ini, jadi terlerailah ubudiyyah.
Apabila Allahmengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya daripada (tipu daya dan syahwat) dunia sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya (yang bahaya jika terkena air) daripada terkena air
( Riwayat Al-Tarmizi dan Al-Hakim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan