Rabu, 3 November 2010

XREK 2010 ....Kembali Lagi!

assalamulaikum wrt...

XREK atau nama penuhnya Xpedisi Remaja Kental akan diadakan sekali lagi pada tahun ini. XREK 2010 pastinya akan lebih mencabar, lebih kental, lebih menarik.

" kami mahu
memastikan semua peserta tidak tidur selepas program tamat, walaupun sepanjang program XREK 2010, 90% aktivitinya adalah berbentuk outdoor challenge , maka kami mahu lahirkan remaja yang KENTAL dan bertenaga, walaupun dah penant, namun masih berstamina untuk pulang ke destinasi , itu harapan kami " ( kata-kata Pengarah KRJ Pusat )

XREK 2010 ini akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM Pusat dengan kerjasama Unit Remaja IKRAM WP dan KRJ Negeri Sembilan.

Bertemakan "Satu Kata, Satu Hati, Satu Aksi"....XREK 2010 ini menekan keutamaan remaja yang KENTAL sepanjang program dan memastikan para peserta mengetahui tentang apakah itu "Salimun Akidah " ataupun "Akidah Sejahtera "....
Maklumat asas bagi program ini ialah...

Tarikh : 30 Nov - 2 Dis 2010
Tempat : Brindley Training & camp , Port Dickson.
sasaran : Anak-anak ahli JIM / IKRAM
: Peserta Halaqah / Usrah KRJ atau Remaja IKRAM.
: Pelajar-pelajar sekolah jaringan MUSLEH.
Yuran : RM 80 ( peserta Lelaki ) - RM 90 ( Peserta Perempuan )


Tarikh tutup pendaftaran : 15 Nov 2010

Jadi sesiapa ahli KRJ Perak yang memenuhi syarat sasaran peserta di atas bolehlah memberi nama kepada naqib / JKPR tempat masing-masing sebelum tarikh di atas.

SEKIRANYA MAHU PERGI!

Untuk maklumat lanjut : http://xrek2010.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan