Jumaat, 10 Jun 2011
Isnin, 13 Disember 2010
Untuk budak-budak Xpert Perak
Mohon semua negeri hantarkan penyertaan XPERT 2010 dengan segera.....program nya pada 23 - 26 Dec 2010.....
Bertempat di seluruh negeri melaka.....
Utk urusan pengangkutan, antum boleh ambil bas dan turun di MELAKA SENTRAL.....
Lokasi pendaftaran adalah dibelakang MELAKA sENTRAL.......
Ok jumpa di sana.........
Setakat yang dah hantar penyertaan ialah
Kedah n Perak sahaja......
Tarikh tutup penyertaan adalah pd 17 dec 2010
Send by Bai
Selasa, 7 Disember 2010
Teen attack @ Cameron

Teen attack @ Cameron
Program ini merupakan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan usaha sama Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Kelab Remaja JIM (KRJ). Maklumat program ini adalah seperti berikut.
- Tarikh : 15-16 Disember 2010.
- Masa : 9.00 pagi (15 Disember 2010) - 12.30 tengah hari (16 Disember 2010).
- Tempat : Masjid Abu Bakar, Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.
- Sasaran Peserta : Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan berumur 11-16 tahun seramai 60 orang
- Yuran : RM10.00
- Panel : Muhamad Zaifol bin Ishak (Pengawai Kebajikan Masyarakat)
Objektif
- · Menarik minat remaja-remaja tempatan (Cameron Highland) mengikuti program-program bermanfaat anjuran Kelab Remaja JIM (KRJ) di masa hadapan.
- · Memperkenalkan KRJ dan pertubuhan IKRAM Malaysia.
- · Mengeratkan hubungan silaturahim antara remaja-remaja Cameron Highland dengan remaja-remaja Ipoh.
- · Menjadikan masa cuti akhir tahun para peserta lebih bermanfaat.
- · Memantapkan sahsiah para peserta.
- · Memberikan motivasi kepada para peserta.
Tentatif Program
11 Disember 2010
09.00 - 10.00 pg : Pendaftaran
10.00 - 11.30 pg : Ice Breaking
11.30 - 12.00 tgh : Penerangan KRJ
12.00 - 12.30 tgh : Kudapan
12.30 - 01.00 ptg : Permainan bola beracun
01.00 - 01.20 ptg : Solat Zohor berjamaah
01.20 - 01.30 ptg : Tazkirah
01.30 - 02.00 ptg : Makan tengah hari
02.00 - 05.30 ptg : Tresure Hunt
05.30 - 05.50 ptg : Solat Asar berjamaah
05.50 - 06.00 ptg : Tazkirah
06.00 - 06.30 ptg : Persiapan diri
06.30 - 07.00 ptg : Makan malam
07.00 - 07.30 ptg : Solat Maghrib berjamaah
07.30 - 08.00 mlm : Tazkirah
08.00 - 08.30 mlm : Solat Isyak berjamaah
08.30 - 10.00 mlm : Slot ‘Ini Sejarah Kita (ISK)’
10.00 - 11.00 mlm : Malam Nurani Interpretasi Seni (MANIS)
11.00 - 11.30 mlm : Supper dan persediaan diri
11.30 - 04.30 pg : Tidur
12 Disember 2010
04.30 - 05.00 pg : Persiapan diri
05.00 - 06.00 pg : Qiamulail
06.00 - 06.30 pg : Solat Subuh berjamaah
06.30 - 07.00 pg : Tazkirah
07.00 - 07.30 pg : Senaman pagi
07.30 - 08.00 pg : Sarapan Pagi
08.00 - 09.00 pg : Slot Jabatan Kebajikan Masyarakat
09.00 - 10.00 pg : Pembentangan kumpulan
10.00 - 11.30 tgh : Slot ceramah bersama ibu bapa
11.30 - 12.00 tgh : Sesi resolusi dan muhasabah program
12.00 - 12.300 tgh : Penyampaian hadiah dan sijil
12.30 tgh : Bersurai
Pembakaran Masjid al-Aqsa

Pembakaran Masjid al-Aqsa
Latar belakang
Insiden ini berlaku pada 21 Ogos 1969, ia telah dilakukan oleh seorang ekstrimis Yahudi warga Switzerland, Dennis Michael. Ia bertitik tolakkan kekalahan tentera Arab (gabungan Mesir, Jordan dan Syiria - dengan bantuan negara-negara teluk yang lain) kepada tentera pakatan Israel-Amerika pada 1967. Semenjak tarikh itu Baitul Maqdis Timur dan Barat dikuasai sepenuhnya oleh pemerintahan rejim Zionis. Kota tersebut telah diiktiraf oleh PLO bermula perjanjian Oslo bersesuaian dengan resolusi two states PBB.
Sejak kekalahan tersebut,Tembok buraq iaitu tembok sebelah barat Baitul Maqdis telah ditukarkan kepada Tembok Ratapan ataupun “Kotel” oleh rejim Zionis. Mereka secara tiba-tiba telah mencipta syariat baru yang mana penganut agama Yahudi dituntut untuk melakukan upacara “meratap” di situ. Maka datanglah orang-orang Yahudi dari serata dunia termasuklah Barack Obama menziarahi Baitul Maqdis untuk melaksanakan “haji” mereka.
Kumpulan-kumpulan Yahudi ekstrimis ini sebenarnya ditubuhkan oleh pihak rejim sendiri, samada secara langsung atau tidak langsung. Mereka dibantu daripada segi moral atau material. Jika mereka keganasan, mereka tidak akan dihadapkan kemahkamah. Jika adapun, hukumannya tidak tidaklah berat dan tidak setimpal dengan kerja jahat yang mereka lakukan. Hal ini kerana mereka dilindungi oleh undang-undang rejim dan bergerak secara halal. Misi dan visi mereka adalah untuk menghancurkan Masjid al-Aqsa seterusnya mendirikan “Solomon Temple”. Setiap kumpulan mempunyai tugas masing-masing bersesuaian dengan apa yang ditetapkan oleh pertubuhan Zionis sedunia.
Kesan
Kesan daripada kenasan tersebut, mimbar yang dibina oleh Salahuddin al-Ayubi telah musnah terbakar. Sebahagian dinding masjid dan kesan sejarah juga telah musnah akibat kebakaran. Seharian suntuk para jamaah cuba memadamkan kebakaran tersebut. Rentetan daripada peristiwa yang memilukan ini, maka tertubuhlah OIC. Malaysia juga terlibat sama dalam penubuhan OIC. Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah dilantik menjadi setia usaha agung OIC yang pertama.
Tujuan utama penubuhan OIC adalah untuk membentuk satu kesatuan negara-negara Islam dan menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai fokus. Malangnya sehingga kini tiada sebarang pencapaian kearah membela rakyat Palestin dan membebaskan masjid al-Aqsa yang dapat dibanggakan. Hanya sekadar berbincang, tanpa sebarang tindakan. Apabila mendengar umat Islam dizalimi mereka hanya menggeleng dan berkata “Oh I see”.