Ahad, 5 Disember 2010


Sabtu malam, jam 9 malam.

Usrah level 01 dan 02 beserta qiamulail. Syarat :
  • Berumur 13-17 tahun.
  • Ahli KRJ.
  • Mengikuti usrah IKRAM atau usrah rangkaian Sekolah Musleh.

Ahad, jam 6 pagi.Halaqah umum terbuka kepada ahli dan bukan ahli. Syarat :
  • Berumur 11-17 tahun.
Boleh hubungi En. Ju
naidi : 109-5555549

Program Khas Untuk Ahli Usrah Pada Musim Cuti Ini :

· Daurah (10 Nov 2010)

· Mukhayyam (11-12 Dis 2010)

· Ekspedisi Remaja Kental (X-rek) (30 Nov-2 Dis 2010)

· Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak (X-pert) (23-26 Dis 2010)

· Mukhayyam Intensif Siswa Siswi Islah (MHI) (akan datang)

APA ITU USRAH?

Usrah berasal daripada bahasa arab yang bermaksud keluarga. Dinamakan keluarga kerana di dalamnya terjalin ukhwah dan kasih sayang kerana Allah.

Usrah merupakan kelompok kecil yang terdiri daripada beberapa ahli yang kurang daripada 10 orang dan seorang naqib (ketua usrah). Usrah juga telah diteladani daripada sirah Rasulullah, yang mana Rasulullah menerangkan Islam dalam kelompok kecil di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.

Natijahnya Rasulullah berjaya melahirkan para sahabat yang benar-benar komited dengan keimanan dan perjuangan Islam sedari awal zaman kerasulan. Metode ini bersesuaian dengan teori semakin kecil bilangan anak murid semakin berkesan pendidikan.

Usrah berdiri atas tiga rukun, iaitu Taaruf (saling kenal-mengenali), Tafahum (saling faham-memahami) dan Takaful (saling tolong-menolong.Hasan al-Banna berkata,

“Islam sangat memperhatikan terbentuknya sesebuah usrah,yang dapat diarah dan dibimbing untuk mendapat nilai-nilai Islam yang agung, memperkuat jalinan ukhwah dan mampu membawa saudaranya yang lain daripada pendekatan berbicara dan beramal kepada pendekatan berkarya dan beramal. Maka bersungguh-sungguhlah kalian untuk mendapat salah satu batu-bata bangunan ini (Islam).

MANFAAT USRAH

KEPADA INDIVIDU

  • Menjadi Insan kamil serta memahami Islam secara holistik.
  • Dididik untuk melaksakan islam dalam kehidupan.
  • Bermotivasi untuk berjaya di dunia dan akhirat.

KEPADA INsTITUSI KEKELUARGAAN

  • Dididik menjadi anak yang soleh
  • Membantu memilih calon pasangan yang menepati Islam.
  • Didik menjadi suami atau isteri yang bertanggung jawab.

KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

  • Bermotivasi untuk member sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama

  • Bersungguh-sungguh melakukan tugas Islah.

    Negara makmur kerana mengamalkan Islam.

Ahad, 28 November 2010

Laporan Jaulah ke Cameron Highland, Pahang

Laporan Jaulah ke Cameron Highland, Pahang

Pada 6 November 2010 yang lalu, para Ahli KRJ SARA Ipoh, telah mengadakan Jaulah ke Cameron Highland, Pahang.

Rombongan kami disertai 7 ahli usrah KRJ SARA Ipoh, dan seorang Naqib iatu Hj. Juniadi. Kami bertolak dari Surau Abdul Rahman Auf, Ipoh pada pukul 8.15 pagi dengan menaiki sebuah kereta yang dibawa oleh Hj. Junaidi.

Kami tiba di Cameron Highland pada pukul 12.30 tengahari. Kami tinggal di Pusat aktiviti kanak-kanak kebajikan masyarakat yang atas keizinan En. Muhamad Zaifol bin Ishak (Pengawai Kebajikan Masyarakat). petang, kami bersiar-siar di Tanah Rata. Kami tidak sangka begitu indah sekali di Cameron highland. Waktu bersiar-siar di Tanah Rata kami singgah tempat di mana terdapat banyak buah strawberry yang lazat. Kami telah membeli strawberi jam homemade dengan harga yang rendah.

Keesokan harinya, hari terakhir kami di Cameron highland. Kami telah bersiar-siar lagi sekali di tanah rata bagi menangkap gambar tempat apa yang patut. Kerana kami akan datang ke Tanah Rata untuk menganjur program di masjid Abu Bakar atas jemputan En. Muhamad Zaifol bin Ishak (Pengawai Kebajikan Masyarakat). Pada pukul 11.00 pagi kami harus mengemas barang serta tempat tidur kerana kami akan bertolak ke Ipoh.

Pada pukul 12.00 tengahari kami meninggalakan Cameron highland untuk pulang ke Ipoh. Dalam perjalanan ke Ipoh kami sempat singgah ke tempat istimewa iatu ladang teh Baharat. Kami sampai di Surau Abdul Rahman Auf pada pukul 3.00 petang.

Kami banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan sepanjang Jaulah tersebut. Benarlah kata orang tua-tua, jauh perjalanan luas pemandangan. Kami berharap akan dapat membuat program di Cameron highland pada masa yang akan datang.

Laporan disediakan oleh, 26 NOVEMBER 2010

(MOHAMAD NAZMI B SHAMSUL KAMAL)

Setiausaha KRJ SARA,

Surau Abdul Rahman Auf,

Ipoh

***

Note : Jika hendak lihat gambar jaulah kami ini boleh lihat dalam' fb' kami.

Rabu, 24 November 2010

Maklumat X-rek 2010

X-rek 2010

antara aktiviti yang akan diadakan ialah.....
- Survival Explorace
- Rafting Challenge
- Jungle Trekking
- Obstacle
- Abseiling
- Studio IKRAM
- "misi shadatain - Salimun Akidah "
- Masak Memasak
- Solat Berjamaah
- TANGKAS
- dan macam-macam lagi..........


PePeralatan peserta terbahagi kepada 2, iaitu peralatan kelengkapan diri dan Makanan.

o Makanan individu
 Roti sebungkus ( saiz Kecil )
 3 biji telur
 1 Tin sadin saiz besar
 4 pot beras
 Cawan / pinggan / sudu

o Makanan Kumpulan ( maksimum 10 orang )
 Minyak 500 ml
 Gula & garam secukupnya
 Peralatan masak ( kuali, senduk, sudip, periku dan lain)
 Peralatan membakar

o Peralatan Individu
 Pakaian OUTDOOR utk 3h 2M
 Kasut Sukan ( OUTDOOR ), pakai Crocs pun ok kot
 Kelengkapan mandi
 Ubat-ubatan peribadi
 Topi peribadi
 Peralatan menulis

Cara Nak ke XREK
PIC untuk JK Pengangkutan ialah akhi MUHANNAD ( 017-7713171 )

ada beberapa kaedah dan cara..........
1. Kereta
2. Public Transport

1. Kereta
- Sila rujuk Page ( LOKASI XREK )


2. Public Transport ( Bas Ekspress ), antum boleh turun di SEREMBAN atau PORT DICKSON...ana mohon antum cuba dapatkan TIKET ke PORT DICKSON.............

a) Menaiki Bas Ekspress (Turun di Seremban

- Turun di Terminal One SEREMBAN.
- Naik Bas Domestik dari SEREMBAN ke PORT DICKSON.
- kemudian naik Bas dari PORT DICKSON ke PEKAN PASIR PANJANG
- Nanti JK Pengangkutan akan ambil di Pekan Pasir Panjang.


b) Menaiki Bas Ekspress ( Turun di Port Dickson

- Turun di PORT DICKSON.
- kemudian naik Bas dari PORT DICKSON ke PEKAN PASIR PANJANG
- Nanti JK Pengangkutan akan ambil di Pekan Pasir Panjang