Ahad, 28 November 2010

Laporan Jaulah ke Cameron Highland, Pahang

Laporan Jaulah ke Cameron Highland, Pahang

Pada 6 November 2010 yang lalu, para Ahli KRJ SARA Ipoh, telah mengadakan Jaulah ke Cameron Highland, Pahang.

Rombongan kami disertai 7 ahli usrah KRJ SARA Ipoh, dan seorang Naqib iatu Hj. Juniadi. Kami bertolak dari Surau Abdul Rahman Auf, Ipoh pada pukul 8.15 pagi dengan menaiki sebuah kereta yang dibawa oleh Hj. Junaidi.

Kami tiba di Cameron Highland pada pukul 12.30 tengahari. Kami tinggal di Pusat aktiviti kanak-kanak kebajikan masyarakat yang atas keizinan En. Muhamad Zaifol bin Ishak (Pengawai Kebajikan Masyarakat). petang, kami bersiar-siar di Tanah Rata. Kami tidak sangka begitu indah sekali di Cameron highland. Waktu bersiar-siar di Tanah Rata kami singgah tempat di mana terdapat banyak buah strawberry yang lazat. Kami telah membeli strawberi jam homemade dengan harga yang rendah.

Keesokan harinya, hari terakhir kami di Cameron highland. Kami telah bersiar-siar lagi sekali di tanah rata bagi menangkap gambar tempat apa yang patut. Kerana kami akan datang ke Tanah Rata untuk menganjur program di masjid Abu Bakar atas jemputan En. Muhamad Zaifol bin Ishak (Pengawai Kebajikan Masyarakat). Pada pukul 11.00 pagi kami harus mengemas barang serta tempat tidur kerana kami akan bertolak ke Ipoh.

Pada pukul 12.00 tengahari kami meninggalakan Cameron highland untuk pulang ke Ipoh. Dalam perjalanan ke Ipoh kami sempat singgah ke tempat istimewa iatu ladang teh Baharat. Kami sampai di Surau Abdul Rahman Auf pada pukul 3.00 petang.

Kami banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan sepanjang Jaulah tersebut. Benarlah kata orang tua-tua, jauh perjalanan luas pemandangan. Kami berharap akan dapat membuat program di Cameron highland pada masa yang akan datang.

Laporan disediakan oleh, 26 NOVEMBER 2010

(MOHAMAD NAZMI B SHAMSUL KAMAL)

Setiausaha KRJ SARA,

Surau Abdul Rahman Auf,

Ipoh

***

Note : Jika hendak lihat gambar jaulah kami ini boleh lihat dalam' fb' kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan