Selasa, 16 Mac 2010

PROGRAM UKHUWAH REMAJA



PROGRAM UKHUWAH REMAJA


Kepada semua REMAJA! Kami ingin menggemparkan musim cuti anda dengan program yang best-best serta sangat bermanfaat.

Program ini dianjurkan oleh KRJ dengan kerjasama JAIP dan Masjid Muhibbudin Shah.


APA YANG BEST-BEST
o Pertandingan Bowling
o Game Teen Attack
o Slot knowing Islam
- Islam Universal
- Iman + Ukhwah = Kejayaan
- Game Teen Attack
o Berkonsepkan Remaja memimpin Remaja
o Dapat jumpa kawan-kawan yang best
o Mengisi waktu cuti

Insya Allah Peserta akan dapat
· Meningkatkan pemahaman terhadap Tauhid
dan beberapa asas umum dalam Islam
· Menyedari peri pentingnya persaudaraan & kasih sayang atas dasar iman dan takwa


Tarikh : 20- 21 Mac
Umur : 13-17 thn
Perlaburan : RM10.00
Tempat : Masjid Muhibbuddin Shah (sebelah Hospital Ipoh)


TENTATIF PROGRAM

SABTU
- 9.30 -10.00 pagi : Pendaftaran
- 10.00- 10.15 pagi : Taklimat
- 10.15- 11.15 pagi : Knowing me Knowing you
- 11.15- 1.00 petang : Bowling
- 1.00 -1.30 petang : Makan
- 1.30 -2.00petang : Solat Zohor
- 2.00 -3.00 petang : Ice breaking
- 3.00 -7.00 petang : Game Teen Attack
- 7.30 -8.00 malam : Solat Maghrib
- 8.00 -8.30 malam : Makan malam
- 8.30-9.00 malam : Solat Isya
- 9.00-10.00malam: Slot Islam Universal
oleh : Ust. Haris Fazillah- 10.00 -10.30 malam : Study Quran


AHAD
- 4.30 – 6.00 pagi : Qiamullail
- 6.00 – 6.45 pagi : Solat subuh
- 6.45- 7.30 pagi : tazkirah subuh
- 7.30- 8.00 pagi : Sarapan pagi
- 8.00 -8.30 pagi : Kuarantin
- 8.30 -9.30 pagi : Pembentangan
- 9.30 -10.00 pagi : Knowing KRJ
-10.00 -10.30 pagi : Penyampaian hadiah
10.30 pagi : Bersurai





Lagu Tema Program Ukhuwah Remaja : Jalan Dakwah


JALAN DAKWAH : Lirik

Dari barisan usrahDan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrahIslah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwaDulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbiTeguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Sehati sejiwaDulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbiTeguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbiTeguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
2x


Isnin, 15 Mac 2010

Apa kata ulama tentang cinta



Cinta awalnya permainan dan akhirnya kesungguhan. Ia tidak dapat dilukis tetapi harus dialami agar diketahui. Agama tidak menolak, syariat pun tidak melarang.

-Ibn Hazm-
Islam mengiktiraf cinta, bahkan cinta itu datangnya dari syurga. Islam amat menghargai cinta, kerana ianya fitrah kejadian insan. Makanya islam menetapkan syariat yang menjaga dan membatasi cinta, agar dapat menjaga kesucian cinta.
Cinta itu sifatnya luas cuma bezanya cinta tuhan dengan cinta makhluk ialah tuhan sifat cintanya tidak terbatas tanpa mengira seseorang itu taat atau tidak. Siapakah lagi yang lebih menyayangi kita jika bukanAllah. Setiap udara yang masuk kedalam paru-paru kita adalah tanda kasih sayang Allah. Nikmat iman dan hidayah merupakan nikmat tiada tandingannya. Segala rezeki dan nikmat yang yang kita peroleh tidak akan di berikan jika tidak kerana sifat kasih dan belas ehsan-Nya. Tiada yang terkecuali dari mendapat rahmat Allah.
Berbeza dengan sifat cinta manusia yang terbatas, bermusim dan dinilai dengan penilaian yang amat terbatas.
Adapun hubungan cinta peria dan dara harus dipandu dengan iman dan ilmu supaya tidak terjatuh kelembah hina. Menjadi kuda tunggangan nafsu.
Adapun cinta kepada Allah seperti mana yang di nyatakan oleh Ibn al-Qayyim;
Kecintaan kepada Allah adalah tanda atau siafat golongan ini, dan kecintaan itu membuktikan kebenaran seorang sufi dalam perjalanan menuju Allah. Tidak ada antara Allah dengan hamba-Nya sebarang hubungan kecuali semata-mata sifat ubudiyyah (penghambaan), daripada hamba dan uluhiyyah (ketuhanan) daripada Allah, dan tidak ada pada hamba satu pun daripada sifat uluhiyyah dan tidak ada pada tuhan satu pun daripada sifat ubudiyyah, justeru paksi bagi ubudiyyah ialah cinta. Maka ubudiyyah terikat dengan cinta ini, jadi terlerailah ubudiyyah.
Apabila Allahmengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya daripada (tipu daya dan syahwat) dunia sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya (yang bahaya jika terkena air) daripada terkena air
( Riwayat Al-Tarmizi dan Al-Hakim)

Peta Program Ukhuwah Remaja



Mesjid Muhibbudin Shah
Hospital Permaisuri Bainun
30450 Ipoh, Perak

(Sebelah Hospita & Green Town Mall)

Explorace@D.R.


Inilah tempat di mana diadakan program Explorace@DR. Cantikkan kawasan ini, makanya berjaulah lah ke tempat kami. Ape tunggu lagi, moh le kite!
p/s : kawasan ini namenya Taman Jepun

Cintai Allah dan Rasul



Maka termasuk dalam memperjuangkan / meneguhkan pegangan As-Sunnah itu ialah umat Islam menyemaikan diri dengan sifat mencintai Allah dan Rasul-Nya, di mana tanpa rasa cinta, sebenarnya tidak akan lahir kesempurnaan keikhlasan dari jiwa seseorang itu dalam ia mentauhidkan serta beriman kepada Allah dan tidaklah akan menjadi sempurna amal ibadat yang dikerjakan dengan tidak ada kecintaan dan keikhlasan dari seorang yang mengaku dirinya Islam. Sabda Rasulullah saw.:
قَالَ رسول الله : ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَبِهِنَّ حَلاوَةَ الاِيْمَان اَنْ يَكُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَاَنْ يُحِبَّ الْمَرْأ لايُحِبُّهُ اِلاَّ لِلَّه وَاَنْ يَكْرَهَ اَنْ يَعُوْدَ اِلَى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ اِذْ اَنْقَذَفَ فِيْ النَّارِ “Tiga hal yang barang siapa dalam dirinya terdapat tiga hal ini, dia pasti menemukan manisnya Iman: (1) Kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, (2) Kalau dia mencintai seseorang, tidaklah dicintainya melainkan kerana Allah, (3) Dan kalau dia benci kembali kepada kekufuran seperti kebenciannya jika dicampakkan ke dalam api”. Hadits riwayat Bukhari dan Muslim
عَنْ اَنَسٍ اَنَّ رسول الله قَالَ : لا يُؤْمِنُ اَحَدُكُمْ حَتَّى اَكُوْنَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَDari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”. Hadits riwayat Bukhari dan MuslimDua hadits yang jelas menerangkan tentang pentingnya kecintaan itu dipimpin ke jalan yang diredhai iaitu mendahulukan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya yang dari sinilah seorang manusia itu akan berjaya melahirkan keikhlasan dan kesucian hati dalam dirinya. Bahaya manusia yang gagal membina rasa cinta yang didahulukan Allah dan Rasul-Nya adalah ia tidak dapat menghayati kemanisan Iman dan sukar menerima / mengharungi cubaan daripada Allah. Seorang yang tidak wujud kecintaan dan keikhlasan kepada Rabb-nya merasakan kehidupan yang mencabar dengan berbagai rintangan di dunia ini sebagai satu penghalang untuk ia menikmati kelazatan dunia, yang akhirnya hati yang tidak tenteram itu akan memilih jalannya sendiri dalam mengharungi kehidupannya walaupun bergelumang dengan dosa. Baginya nikmat kehidupan dunia adalah sangat penting dituntut dan kehidupannya lebih kepada keduniaan daripada mencari keredhaan Allah. Firman Allah :
وَاِذَا اَنْعَمْنَا عَلَى الاِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَئَابِجَانِبِهِ وَاِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوْسًا“Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (daripada bersyukur) dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.” Surah Al-Isra’ ayat 83 [17:83] Ini adalah suatu keadaan yang boleh kita lihat di sekeliling kita, bagi yang berharta / hidup mewah, sebahagian besar dari mereka semakin jauh dari kebenaran syariat Islam, mula leka dengan mengejar harta dan tanggungjawab beragama semakin terabai akhirnya mereka menjadi manusia yang hilang arah dan bila teruji dengan kegagalan dan sebagainya, mereka akan kecewa dan berputus asa dari rahmat Allah. Sebabnya, mereka belum mengenal Allah dengan jalan yang benar iaitu menurut As-Sunnah hanya dengan jalan bertaklied atau pun telah melalui jalan yang benar lalu terpesong dari kebenaran tersebut, lalu mereka teraba-raba mencari perlindungan dengan hati yang penuh kegelisahan dan kehancuran. Maka berbahagialah orang-orang yang diuji mereka dengan kekayaan dan mereka berjaya menghadapinya dan memanfaatkan kekayaan itu di jalan Allah, sebenarnya amatlah sukar untuk manusia berjaya menempa kekayaan dan menggunakannya di jalan Allah, sebagaimana sabda Rasulullah saw.:
عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ عَنِ النَّبِيِّ ص قَالَ: اِطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَاَيْتُ اَكْثَرَ اَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَاَيْتُ اَكْثَرَ اَهْلِهَا النِّسَاءَDari Imran bin Hushain r.a. dari Nabi saw., beliau bersabda : “Saya melihat ke dalam syurga, dan saya lihat kebanyakan isinya ialah orang orang fakir. Saya melihat pula ke dalam neraka, saya lihat kebanyakan isinya orang orang perempuan.” Hadits shahih Bukhari.Tidak sedikit yang bercita cita murni untuk mencari kekayaan dan memanfaatkan di jalan Allah, tetapi bila telah memperolehinya mereka merasa sayang dan takut kehabisan harta tersebut, lalu syaitan membisikkan berbagai hasutan sehingga akhirnya mereka tertipu dengan kehidupan dunia dan mati dengan suasana rugi dan sia sia. Kemiskinan yang kita hadapi janganlah dijadikan alasan untuk tidak belajar ilmu agama dan menyempurnakan amal ibadat kerana sebenarnya ahli syurga itu kebanyakan adalah dari kalangan orang yang fakir/miskin. Sabda Rasulullah saw.:
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ: قِيْلَ : يَا رَسُوْلَ الله مَنْ اَكْرَمُ النَّاسِ ؟ قَالَ: اَتْقَاهُمْ.Dari Abu Hurairah r.a.: Ada orang bertanya : ‘Hai Rasulullah ! Siapakah manusia yang termulia ?’ Beliau menjawab : “Yang paling bertakwa kepada Allah (mematuhi perintahnya).” Hadits shahih Bukhari.Di mana kemiskinan bukanlah satu kehinaan dalam Islam dan kekayaan bukanlah pula satu kemuliaan, semua itu adalah satu ujian dari Allah yang kita hadapi di dunia ini yang akan dipertanggungjawabkan pula di akhirat. Dan apabila kita berjaya melakukan tanggungjawab sehingga menjadi manusia yang mematuhi perintah-Nya itulah sebenarnya orang yang termulia. Jangan di dunia kita miskin harta benda dan bila mati kita miskin pula amal ibadat, carilah peluang yang ada dari kehidupan ini untuk mengaut sebanyak mana kebajikan yang disyariatkan Allah, moga kita berbahagia di kehidupan akhirat. Sabda Rasulullah saw.:
كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، الاِمَامُ رَاعٍ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِيْ اَهْلِهِ وَهُوَ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِيْ بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْؤُوْلَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا، وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِيْ مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِTiap-tiap seorang daripada kamu itu pengurus dan tiap-tiap seorang dari kamu akan diperiksa dari hal urusannya. Tiap-tiap seorang raja/pemimpin itu pengurus dan akan diperiksa ia dari hal urusannya, dan tiap-tiap seorang lelaki itu pengurus tentang ahli keluarganya dan dia akan diperiksa dari hal urusannya, tiap-tiap seorang perempuan itu pengurus di rumah tangga suaminya dan akan diperiksa dia dari hal urusannya, tiap-tiap khadim (buruh) itu pengurus tentang harta benda tuannya dan dia akan diperiksa dari hal urusannya, dan tiap-tiap seorang dari kamu pengurus dan akan diperiksa dia dari hal urusannya. Riwayat BukhariApabila kita mengaku bermanhaj As-Sunnah, maka hendaklah kita buktikan bahawa kita sebenarnya adalah seorang yang benar-benar bermanhajkan As-Sunnah, tidak cukup sekadar ucapan tetapi hendaklah dilaksanakan tanggungjawab sebagai umat Muhammad yang patuh dan benar berada di atas jalan yang diredhai. Sekadar melahirkan kata kata dan mengajak orang kepada As-Sunnah sedangkan kita sendiri mengabaikan sekian banyak amalan sunnah Rasul, ini adalah perbuatan yang tidak lain akan mencampakkan kita ke neraka sebagaimana sabda Rasulullah saw.:
عَنْ اُسَامَةَ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله ص يَقُوْلُ: يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ اَقْتَابُهُ فِي النَّارِ فَيَدُوْرُ كَمَا يَدُوْرُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ فَيَجْتَمِعُ اَهْلُ النَّارِ عَلَيْهِ فَيَقُوْلُوْنَ أَى فُلاَنُ مَا شَأْنُكَ أَلَيْسَ كُنْتَ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَانَا عَنِ الْمُنْكَرِ قَالَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوْفِ وَلاَ آتِيْهِ وَأَنْهَاكُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَآتِيْهِDari Usamah katanya : Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda : “ Ada seorang lelaki dihadapkan pada hari kiamat, lalu dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya, kemudian ia berputar putar sebagaimana keldai berputar putar di sekeliling gilingan. Isi neraka lalu berkumpul di sekelilingnya, sambil berkata : ‘Hai Fulan !’ “Bagaimana keadaan engkau ? Bukankah engkau pernah menyuruh kami berbuat baik dan melarang kami berbuat jahat ?” Jawab orang itu : “Saya pernah menyuruh kamu berbuat baik, tetapi saya sendiri tiada mengerjakannya. Saya pernah mencegah kamu berbuat jahat, tetapi saya sendiri mengerjakannya.” Hadits shahih Bukhari .Ingatlah dalam kita berpegang dengan As-Sunnah tidak cukup sekadar kata kata yang kita menerimanya, tetapi hendaklah kita buktikan dengan memperjuangkannya bersungguh sungguh. Bagi kita yang telah menjadi bapa, ibu atau datuk hendaklah kita buktikan dan contohkan kepada anak cucu kita dari hal kebenaran As-Sunnah dan jangan kita sendiri yang mengingkarinya setelah kita menyampaikan larangan di atas sesuatu hal yang telah jelas bertentangan dengan As-Sunnah. Sebagai contoh jika telah jelas mengkhususkan bacaan Yasin pada malam Jumaat atau hari Jumaat itu adalah bid’ah dhalalah (tambahan yang sesat), sekali kita telah melarangnya jangan kita kendur atau akhirnya kita bersama dengan perbuatan yang haram seperti itu, ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada keluarga kita. Bid’ah itu harus kita tentang menurut kemampuan yang kita ada bukannya kita menghampirinya. Firman Allah :
وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ والتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوْا عَلَى الاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ“Tolong menolonglah kamu atas kebaikan dan ketaqwaan. Dan janganlah kamu tolong menolong atas kemaksiatan dan permusuhan.” Surah Al-Maidah ayat 2 [5:2]Seorang itu walaupun kuat bermanhajkan As-Sunnah mungkin akan mengerjakan perbuatan bid’ah jika ia selalu bersama golongan ahli bid’ah kerana terjerat dengan rancangan ahli bid’ah. Sebagai contoh bila ahli bid’ah mengangkat kita menjadi pengerusi sesuatu majlis yang dihadiri oleh sekian banyak ahlinya dari golongan bid’ah, maka untuk mengambil hati mereka mungkin kita akan memulakan majlis itu dengan bacaan Al-Fatihah yang pada pendapat kita kalau bid’ah pun ‘sikit saja’. Firman Allah :
فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا اُمِرْتَ وَلاَ تَتَّبِعْ اَهْوَآءَهُمْ“Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah sebagaimana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikut hawanafsu mereka.”Surah Asy-Syuraa ayat 15 [42:15]
وَاَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا اَنْزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ اَنْ يَفْتِنُوْكَ عَنْ بَعْضِ مَا اَنْزَلَ اللهُ اِلَيْكَ ......“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati hatilah kamu terhadap mereka supaya tidak mereka memfitnahkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada kamu ........” Surah Al-Maidah ayat 49 [5:49]Tidak kira apa jenis bid’ah, baik yang bid’ahnya sampai ke tahap kufr Al- Akbar (kafir besar) atau pun bid’ah tidak sampai ke tahap kafir, sebagai umat yang patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, wajib kita menjauhkan diri dari bersubahat dengan mereka dalam kegiatan bid’ah sebagaimana anjuran Rasulullah saw.:
اُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اِخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلُفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ تَمَسَّكُوْا بِهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ“Aku mewasiatkan kepada kamu sekelian agar bertakwa kepada Allah Azza wa jalla dan mendengar serta taat walaupun yang memerintah kamu seorang hamba Habsyi. Kerana sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ Arrasyidin al Mahdiyin (yang mendapat pertunjuk dan hidayat). Berpegang teguhlah padanya dan gigitlah ia (sekuat kuat) dengan gerahammu. Berwaspadalah kamu sekelian terhadap perkara perkara baru (di dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu adalah dalam api neraka.”Hadits shahih riwayat Tirmidzi, Nasai dan Baihaqi.[/b]Maka melayari hidup sebagai ahli Sunnah Wal-Jamaah itu hendaklah kita mendahulukan segala ketaatan, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya dan rela berkorban/berjihad di jalan Allah untuk memartabatkan/meninggikan perjuangan As-Sunnah yang suci lagi mulia. Firman Allah :كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهُوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ “Kamu adalah sebaik baik umat yang telah dikeluarkan kepada manusia dengan menyuruh membuat ma’ruf (membuat yang disyariatkan) dan mencegah dari berbuat kemungkaran (yang dicegah Allah).” Surah Al-Imran ayat 110 [3:110]Islam mewajibkan kita berada dalam jamaah agar kita kukuh, dan mempertahankan jamaah As-Sunnah sebagai punca kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam melarang kita dari berpecah belah selagi kita berada di atas manhaj yang sama dan sesungguhnya perselisihan pendapat itu sememangnya tidak dapat kita elakkan, hanya yang termampu kita lakukan adalah memilih menurut keyakinan kita berdasarkan dalil yang sah dari Al-Quran dan Sunnah Rasul juga Sunnah para sahabat yang terpimpin. Sabda Rasulullah saw.:
ذَرُوْنِيْ مَا تَرَكْتُكُمْ فَاِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِكَثْرَةِ سُؤَالِهِمْ وَاخْتِلاَفِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْا وَمَا اَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ“Biarkan aku di atas apa yang telah aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya telah binasa golongan golongan yang sebelum kamu disebabkan banyak persoalan dan perselisihan mereka ke atas nabi nabi mereka. Oleh itu apa yang telah aku larangi kamu sekelian maka berhentilah (daripada mengerjakannya). Dan apa yang telah aku suruh kamu kerjakan maka kerjakanlah ia sekadar yang kamu mampu.”Hadits shahih Bukhari dan Muslim.Demikianlah cara yang dianjurkan Islam agar kita dapat menghidupkan jamaah yang benar iaitu jamaah yang berpegang teguh kepada As-Sunnah, hendaklah kita lakukan dengan mendahulukan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya, rela mengorbankan harta, jiwa dan kehidupan untuk berjihad di jalan Allah. Tidak kita suka atau membenci sesuatu itu melainkan kerana Allah dan kita perhambakan hidup kita kerana Allah kerana itulah tujuan Allah menciptakan kita di muka bumi ini. الله اعلم

Dinukil dari http://al-fikrah.net/
Oleh Ustaz Muhammad Ihsan Bin IdrisPensyarah,
Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.

Suruhan dan larangan Allah




Apabila aku perintahkan agar kamu melakukan perkara maka lakukanlah dia sekadar kemampuanmu, dan apabila aku larang kamu agar jangan melakukan sesuatu, maka jauhilah perkara tersebut
( HR. Bukari dan Muslim )

Inikah Kita Di Hadapan Allah ?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Today at 5:04pm
"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT" "Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat kepada saya. Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman. Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa : وكان الإنسان أكثر شيئ جدلا Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT ) Cubaan Saya Menjawab "Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya. "Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya" jawabnya dengan yakin. "Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi. "sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan...mungkin budak tu peluk je harimau tu" sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini. "tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?" "mestilah ustaz.." balasnya. "anta minat durian tak?" saya bertanya. "uii suka sangat tu, favorite saya" tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian "macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?" "tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap" jawabnya. Itulah Jawapan Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT... "Macam mana tu ustaz" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya. Begini.. Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu. Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu. Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu. Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci" Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini? Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi. Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT? Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, protokol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?. Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja. Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah. Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama. Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya.. Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?. Inikah kita? Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri. Sekian Ust Zaharuddin Abd Rahman

dinukil dari http://krjnetwork.blogspot.com/

Ahad, 14 Mac 2010

Tema Program

Assalamualaikum. Ahlan wasahlan saya ucapkan kepada semua bembaca blog yang budiman. Memandangkan Blog KRJ Ipoh ini masih baru dan masih belum banyak entri yang disumbangkan serta peranan blog ini sebagai wadah meningkatkan publisiti program-program KRJ. Maka agak molek saya sumbang entri-entri yang pendek-pendek tapi banyak. Selagi mana saya tidak menyerabutkan ia.

p/s : perenggan pertama ini teruk jangan baca :P


Definisi Tema : Persaudaraan dan kasih sayang atas dasar iman dan takwa wahana penyatuan ummah


Saudara saudari pembaca yang budiman


Saya membahagikan tema kepada empat frasa


Bagi frasa 'Persudaraan dan kasih sayang'

Saya suka untuk mengajak sidang membaca agar sama-sama kita menyingkap dan meneliti isi ayat 10 hingga 11 surah Al-hujarat yang mafhumnya;

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka perbaikilah hubungan persaudaraan antara kalian.Dan bertakwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merendah-rendahkan kaum yang lain, boleh jadi mereka lebih baik daripada kamu. Dan janganlah perempuan-perempuan memperlekeh perempuan-perempuan yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperlekehkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa yang tidak bertaubat, mereka itulah orang-orang yang zalim.


Islam mengajar umatnya untuk berlemah-lembut dan berkasih sayang sesama muslim. Dan bersifat keras terhadap orang-orang kafir yang memerangi kita.


Bagi frasa 'iman dan takwa'

Kalimat iman seperti mana dalam Syarh As-Sunnah: "iman adalah Aqidah (keyakian) dalam hati, ucapan pada lisan dan amal perbuatan oleh anggota badan, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan."


Seorang ulama salaf, Imam Muhammad bin al-Husain al-Jurri rahimallah mengatakan: "Katahuilah, semoga Allah s.a.w memberi rahmat kepada kami dan anda, bahawa sesuatu yang diyakini oleh para ulama umat Islam adalah, bahawa iaman itu wajib bagi setiap makhluk, yaitu membenarkan dengan hati, mengakui dengan lisan dan mengamalkannya dengan anggota badan.Dan ketahuilah, bahawa ma'rifat (mengenal Allah) dengan hati dan membenarkannya tidak cukup, kecuali jika disertai dengan pengakuan (ucapan) lisan dan ma'rifat/keyakinan hati, dan ucapan tidak sah kecuali apabila dibuktikan dengan amal nyata anggota badan. Bila ketiganya (keyakianan hati, ucapan dengan lisan dan amal anggota badan) terpenuhi, maka ia disebut mukmin.


Kesimpulannya iman adalah Aqidah (keyakianan) yang sahih berteraskan Alquran dan As-Sunnah dan pengabdian yang mutlak kepada Allah yang juga berpandukan Alquran dan As-Sunnah.


Untuk menerangkan tentang takrif kaliah takwa mari kita lihat surah Al-Imran ayat 102-105;

Wahai oarng-orang yang beriman! bertakwalah kepad Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan islam. Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kau bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu sedang dahulu kamu saling bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hati kamu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu kamu berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikian, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang bercerai berai dan berselisih setelah sampai kepada mereka keterangan yang jelas. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat azab yang berat.


Secara literal takwa bermaksud takut atau memelihara.
Sayidina Ali karamallahuwajhah mengatakan: "Takwa adalah takut kepad Rabbul Jalil, beramal dengan alquarn yang diturunkan, reda dengan pemberian sedikit, bersedia untuk hari akhirat."
Ibn 'Ataillahr.a. berkata: "Takwa itu ialah zahir dan batin. Takwa zahir dengan menjaga batas syariat, dan batin dengan menjaga hati dan niat yang ikhlas."
Kesimpulannya sepertimana yang dikatakan oleh Hasan r.a. "Orang yang bertakwa ialah orang yang menjauhi perkara yang diharamkan oleh Allah dan melaksanakan apa-apa yang diwajibkan oleh Allah kepada mereka.
Frasa kata 'wahana' pula
Boleh difahami sebagai satu-satunya jalan, sebagai satu-satunya penyelesaian dan cara.
Sedangkan 'penyatuan ummah'
Tidak boleh dirujuk kepada yang selain daripada ummat Islam keseluruhannya. Di dalam Islam tidak dibenarkan sama sekali tafarruq (perpecahan). Benar tidak mungkin kita semua sama, sama pemikirannya, sama fikrahnya, sama manhajnya dan sama pendekatan serta cara. Kita dibenarkan ikhtilaf (perbizaan pendapat) selagi mana berteraskan Alquaran dan As-sunnah tetapi dilarang keras tafarruq (berpecah belah). Jika Allah kehendaki pastinya dijadikan semua manusia itu sama. Tetapi telah sunatullah manusia itu berbiza dan akan tetap berbeza. Sesungguhnya Allah menjadikan kamu berbeza-beza supaya berkenal-kenal. Allah tidak memandang kepada zahiriah kamu tetapi Allah memandang hati kamu dan perbuatan kamu.
Kapan pun kita tetap akan berbeza. Tetapi kenapa tidak kita dekatkan jurang perbezaan. Hentilah berbalah nyinsinglah lengan dan buatlah kerja, suruh kepada yang makruf dan tegahlah dari yang mungkar. Kenapa tidak kita tidak memilih untuk menjaga bunga-bunga ukhuwah yang dibajai iman dan takwa. Supaya ia tetap mekar di tepi-tepi jalan kita menuju hala tuju yang satu, Allah. Kenapa tidak kita memilih untuk bersatu dalam apa yang kita sama-sama bersepakat, dan berpeganglah apa yang kita yakini selagi belum kita bersepakat.
R a s i o n a l n y a persaudaraan dan kasih sayang atas dasar iman dan takwa adalah satu-satunya cara bagi menyatukan ummah lantaran hanya ukhuwah yang berteraskan iman dan takwa sahajalah yang mampu menghindari perpecahan dan persengketaan.
U K H U W A H F I L L A H

Rabu, 10 Mac 2010

Objektif Program Ukhuwah Remaja


‘Program Ukhwah siri I’ merupakan program yang buat julung kalinya melibatkan remaja-remaja yang dijemput dari organisasi dan institusi yang berbeza. Mereka yang terlibat adalah ahli-ahli Kelab Remaja JIM (KRJ), remaja muslim berbangsa cina dari Persatuan Cina Muslim( MACMA) dan para pelajar Asrama Anak Yatim Darussalam, Simpang Pulai dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perka (JAIP). Meskipun begitu, para remaja secara umumnya di alu-alukan untuk menyertai program ini. Dengan izin Allah, mudah-mudahan dapat memenuhi objektif sebagaimana di bawah.

OBJEKTIF

1. Merapatkan ukhuwah antara ahli-ahli Kelab Remaja JIM (KRJ), remaja muslim berbangsa cina dari Persatuan Cina Muslim( MACMA) dan para pelajar Asrama Anak Yatim Darussalam, Simpang Pulai.
2. Memberi kesedaran bahawa agama Islam bukan milik sesuatu bangsa sahaja.
3. Memberi kesedaran pada peserta peri penting nya bersyukur kerana ada juga rakan-rakan yang tidak dapat kasih saying dari ibu /bapa.
4. Melahirkan kesedaran tanggungjawab untuk menjadi agen perubahan yang baik dengan mempamir ciri-ciri kepimpinan yang mulia dan berakhlak.
5. Melatih dan membina skil kepimpinan remaja KRJ i supaya dinamik, inovatif dan memenuhi syarat-syarat Islami.
6. Memberikan persedian kepada para remaja mad’u untuk menjadi da’ie pada masa hadapan.
7. Memmantapkan kefahaman Tauhid remaja.

Tema Program

Assalamualaikum saya adalah pengarah Progam Ukhuwah Remaja. Di sini saya ingin memaklumkan tema, moto dan lagu tema program tersebut.



Tema program yang telah ditetapkan adalah;

"PERSAUDARAAN DAN KASIH SAYANG ATAS DASAR CINTA AKAN ALLAH WAHANA PENYATUAN UMMAH"

Moto pula adalah;

APA YANG PENTING

KERJASAMA

APA YANG SAMA

FIKRAH KITA

Dan Akhir sekali, bagi lagu tema kami memilih lagu;

jALAN DAKWAH




JUMPA DI SANA!!