Rabu, 3 November 2010

Haram Membeli Kurma Israel - Dr Ahmad al-Raisuni dalam Islamonline



Haram Membeli Kurma Israel

Disalin daripada : http://al-fikrah.net/

Al-Faqih (Pakar) ilmu Maqasid Syariah, Dr Ahmad al-
Raisuni, sarjana kelas pertama (paling berpengalaman) dalam Majmak Fiqh Antarabangsa Islam yang berpusat di Jeddah, berfatwa mengharamkan perniagaan produk-produk kurma yang dikeluarkan dari Israel, memandangkan perolehan kurma-kurma tersebut dari usaha merampas dari peladang aslinya iaitu petani-petani Palestin. Selain membelinya secara tidak langsung membantu Israel meneruskan usaha merampas - menjajah (Palestin) Fatwa ini keluar sebagai usaha menyokong tindakan pemuda-pemuda Maghribi yang melancarkan kempen menerusi internet memboikot produk kurma Israel berikutan usaha Israel mahu melambakkan produk-produk kurmanya di bazaar Maghribi sepanjang bulan Ramadhan. Dua sebab utama pengharaman Sep
erti dijelaskan oleh Dr Ahmad al-Raisuni dalam Islamonline pada Khamis, tanggal 5 Ogos 2010; Kurma Israel - ianya seperti barang dagangan Israel yang mana tidak boleh menentukan harganya atau menyimpannya (iaitu menyimpan kurma Israel), sepertimana tidak boleh bagi seorang Muslim meniagakan produknya. Membelinya adalah haram, mengimportnya adalah haram, dan menayangkannya untuk jualan haram, begitu perbuatan menjualnya adalah haram, untung dari (jualan kurma Israel-pen) adalah haram. Jelas al-Raisuni bahawa pengharaman tersebut kembali kepada 2 sebab utama; kurma-kurma ini adalah b
arangan yang dirampas dari pemilik asalnya (hasil petani Palestin-pen), rejim Zionis telah merampas (menjajah) tanah Palestin termasuk ladang-ladangnya, telaga-telaga airnya serta penempatannya. Maka setiap yang dihasilkan dari tanah ini, atau dikeluarkan darinya, ia adalah harta rompakan, tidak dihalalkan seseorang membelinya dari perompak atau perampasnya (dalam konteks, Israel merampas hartanah/ harta Palestin dan penduduknya) Seterusnya, sebab kedua, jelasnya lagi, bahawa membeli barangan Israel adalah satu bentuk menyokong dan memakmurkan (ekonomi/ kewangan) Israel meneruskan usaha penjajahan, termasuk perbuatan jenayah yang dilakukan Zionis terhadap penduduk
Palestin. Barangsiapa memberikan hartanya (iaitu membeli produk Israel-pen), supaya musuh terus mengukuhkan usaha jenayah-jenayahnya, maka dia bersubahat dalam perbuatan sedemikian. Dalam penolakannya terhadap hujah sebahagian peniaga yang membenarkan penjualan kurma-kurma ini dengan mengambil kira, ianya makanan Ahli Kitab yang diharuskan dalam dalil-dalil Al-Quran, Al-Raisuni menegaskan, "Pengharaman ini tidak berkait sama sekali dengan makanan Ahli Kitab daripada golongan Nasrani dan Yahudi. Bahkan dibolehkan seorang Muslim memakan makanan disediakan orang Yahudi yang mendiami Maghribi atau di negara-negara lain iaitu sembelihan mereka. Akan tetapi perkataan kami yang dijelaskan ini, adalah tentang penjenayah perompak, yang merompaknya (menerusi penjajahan Palestin) atau me
nambah perbuatan jenayah dan penjajahan (dengan membeli barangan Israel oleh sebahagian umat Islam-pen)"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan