Kerana Terung
Berkatalah fulan bin fulan kepada saudaranya sambil melihat kepada seorang pemuda yang sedang tenggelam dalam sujudnya, "Lihat di sana itu, sungguh kasihan pemuda. Dia sungguh fakir, hingga tiada apa-apa yang dia miliki. Dia hanya menumpang teduh di sebuah sudut dalam masjid ini."
Saudaranya membalas, "Itulah Sulaim al-Suyuti. Dia kesayangan gurunya. Dia terkenal dengan kepandaian dan kepintaran."
Sulaim langsung tidak mendengar apa yang diucapkan oleh kedua-dua mereka, malah tidak menyedari kehadiran mereka. Dia hilang dalam sujudnya, hanya dia dan kekasihnya. Pada suatu hari.
Sulaim berkata kepada dirinya, "Sabarlah Sulaim sesungguhnya Allah mengujimu kerana sayangnya kepadamu."
Sudah berlalu tiga hari dia berkata " Ya Allah, engkau telah mengujiku melebihi tahap kesabaranku sebagai seorang hamba. Ampunkanlah aku sesungguhnya ini sudah darurat, aku akan mati sekiranya terus kelaparan." Lantas dia memanjat hingga ke bumbung Masjid al-Taubah.
Dia melompat dari bumbung kebumbung rumah-rumah di kota Damsyiq. Tiba-tiba dia terlihat seorang wanita dan terus memalingkan pandangannya kerana takutkan Allah. Di meneruskan perjalanannya, tiba-tiba ia terhidu akan bau masakan. Dia masuk ke bahagian dapur rumah Tersebut.
Dia membuka tudung periuk lalu mencakau sebiji terung dan menggigitnya. "A'uzu billah, aku ini pelajar agama yang duduk di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanan. Ya Allah jika aku melepaskan terung ini kerana mengharapkan wajahmu gantikanlah denganyang lebih baik" Dia memulangkan semula terung itu dan kembali semula ke masjid.
Dia menghadiri sebuah majlis ilmu. Usai habis majlis ilmu tersebut dan semua orang sudah beredar kecuali dia dan gurunya. Datang seorang peempuan berniqab memberi tahu sesuatu kepada gurunya.
Gurunya memanggil Sulaim dan berkata, " Anakku, perempuan ini memberi tahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pakciknya yang sudah tua. Ia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang jahat. Mahukah engkau menikahinya?"
"Ya, hai tuan guru."
"Panggillah pakcikmu untuk dijadikan wali. Aku akan nikahi kamu dengan dia. Sulaim, carikan dua saksi. Aku akan memberikan sesuatu kepadamu untung dijadikan mahar." Kata tuan guru tersebut. Maka jadilah mereka suami isteri yang sah.
Isterinya membawa Sulaim ke rumah. Rupa-rupanya itu adalah rumah yang dia masuki tadi.
"Adinda sayang, bukalah niqabmu engkau sudah menjadi yang halal bagiku."
Isterinya itu membuka niqabnya ternyatalah perempuan yang dikahinya adalah seorang yang sangat muda dan rupawan. Dia mengajak Sulaim makan "Hai Suamiku, sudikah engkau menikmati hidangan bersamaku?" Sulaim sekadar mengangguk.
Isterinya
Isterinya membuka tudung periuk lalu berkata, "Sungguh hairan aku, masakan terungku sudah digigit orang. Siapa pula yang sudah menceroboh rumahku ini dan mencuri makan di dapurku?"
Menangis Sulaim pabila mendengar kata-kata isterinya. Isterinya berkata "Maafkanlah adinda kiranya percakapanku melukakan hatimu. Celakalah aku jika aku membuat kamu menangis.
Sulaim menjelaskan segalanya kepada Sulaim. Isterinya lantas menjawab "Bersyukurlah pada Allah. Kerana ketakwaanmu Allah telah mengurniakan yang jauh lebih baik dan Allah telah mencukupkan keperluanmu."

Moral : Apa-apa sahaja perkara haram yang kita tinggalkan kerana Allah pasti akan digantikan Allah dengan cara yang halal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan